Anda di sini

Tiada kesesakan orang ramai di BSN Tawau

Advertisement
 Keadaan BSN dalam keadaan terkawal dan mengikuti peraturan penjarakkan satu meter
TERKAWAL: Keadaan BSN dalam keadaan terkawal dan mengikuti peraturan penjarakkan satu meter.

TAWAU: Premis perbankan di daerah ini tidak mengalami kesesakan yang melampau walaupun kerajaan sudah mengumumkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula Isnin.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati hanya premis Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja yang membuka premisnya untuk perkhidmatan pemeriksaan status pembayaran untuk orang ramai.

Orang ramai dilihat berbaris di luar premis BSN untuk tujuan pemeriksaan status BPN dan melakukan transaksi wang melalui Mesin Pengeluaran Automatik (ATM).

Pihak BSN turut memaparkan notis arahan yang perlu dipatuhi oleh pelanggannya semasa membuat urusan termasuklah mempraktikkan penjarakkan sosial sejauh satu meter.

Polis Bantuan BSN ditemui berkata sejak hari pertama pembayaran BPN dilakukan, orang ramai sudah mula datang ke BSN tetapi masih dalam jumlah yang terkawal manakala hari ini (Selasa) dilihat jumlahnya sudah berkurangan.

  • oleh
  • Advertisement