Anda di sini

PKP hari ke-21: Jumlah tangkapan meningkat di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Jumlah tangkapan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 35 orang untuk tempoh 24 jam dari jam 8 pagi semalam sehingga 8 pagi hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata jumlah tersebut meningkat berbanding tempoh sama pada Isnin yang hanya merekodkan 26 tangkapan.

Menurutnya, Sibu mencatat tangkapan teramai iaitu lapan orang, Kota Samarahan (7), Kuching (6), Padawan (5), Sarikei (4),Miri(3), Bintulu (1) dan Julau (1).

"Jumlah tangkapkan harian untuk tempoh 24 jam adalah seramai 35 orang, dan jumlah keseluruhan bermula 8 pagi pada 18 Mac sehingga hari ini adalah seramai 487 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut seramai 312 suspek didakwa di Mahkamah.

"282 daripada suspek mengaku bersalah, manakala 19 lagi tidak mengaku bersalah.

"Seramai 93 daripada suspek dijatuhkan hukuman penjara, 72 dipenjara dan denda, manakala 85 lagi didenda," jelasnya.

Selain itu, terdapat juga suspek yang mengaku bersalah dan masih menunggu laporan akhlak.

  • oleh
  • Advertisement