Anda di sini

Percepat agihan bantuan makanan tanpa banyak protokol

Advertisement
 Zulaihi (tiga kiri) bersama sukarelawan yang lain mengumpul seterusnya mengedarkan makan kepada 13 keluarga di Kampung Kuala Suai, Niah.
SEGERA: Zulaihi (tiga kiri) bersama sukarelawan yang lain mengumpul seterusnya mengedarkan makan kepada 13 keluarga di Kampung Kuala Suai, Niah.

MIRI: Kerajaan perlu mempercepat pengagihan bantuan makanan kepada orang awam yang terputus bekalan makanan sejak Perintah Kawalan Perge-rakan (PKP) dilaksanakan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, masih terdapat orang awam berpendapatan rendah di pinggir dan luar bandar mendakwa tidak mendapat bantuan makanan.

“Keluarga yang terjejas mendakwa mereka sukar untuk mendapatkan bekalan makanan kerana mereka perlu mengisi borang dalam talian dan mengambil masa untuk diproses.

“Sudah tentu penduduk kampung yang tidak mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk mengisi dalam talian adalah sukar untuk mendapatkan bantuan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Malah tambahnya, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal yang cuba menyalurkan bantuan secara langsung kepada penerima tetapi tidak dapat melakukannya kerana PKP.

“Mereka terpaksa menangguhkan bantuan serta mencari alternatif lain untuk mengedarkan sumbangan yang boleh dihantar terus kepada penerima dengan segera,” jelasnya.

PAS tambahnyam menggesa bantuan makanan perlu dilaksanakan dengan segera dan secara sistematik agar semua sumbangan ke pusat kebajikan dapat diedarkan ke kawasan sasaran tepat pada waktunya.

Menurutnya, bekalan barangan runcit untuk setiap keluarga sekurang-kurangnya boleh bertahan selama seminggu atau lebih dalam tempoh PKP.

“Kerajaan perlu memberi kebenaran kepada sukarelawan NGO untuk membantu mengedarkan bekalan makanan kepada mereka yang telah lama berlapar,” tegasnya.

Sementara itu, pengagihan sumbangan keperluan asas kepada penduduk Kampung Kuala Suai, Niah berjaya dilaksanakan.

Sumbangan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia, Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri dan NGO Pertubuhan Kebajikan Rumpun Islam Sejagat Miri (KERIS).

Sumbangan daripada dana awam yang diperoleh daripada PAS Bintulu dan PAS Miri khusus untuk pengedaran kepada penduduk kampung yang terputus bekalan makanan.

Turut hadir menyerahkan sumbangan kepada 13 keluarga di kampung itu ialah Ketua PAS Sibuti Zulaihi Bakar@Anai bersama Setiausaha JKKK Kampung Kuala Suai Yusuf Awang Kerta.

  • oleh
  • Advertisement