Anda di sini

Pematuhan PKP masyarakat Sandakan 95 peratrus pada hari ke-21

Advertisement
 Azhar (kiri) berkata sesuatu kepada Mazli (tengah) semasa lawatan ke Sekatan Jalan Raya Batu 16 Gum-Gum.
PATUH PKP: Azhar (kiri) berkata sesuatu kepada Mazli (tengah) semasa lawatan ke Sekatan Jalan Raya Batu 16 Gum-Gum.

o

SANDAKAN: Pematuhan masyarakat daerah Sandakan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahap kira-kira 95 peratus setelah 21 hari pelaksanaannya dijalankan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, tahap pematuhan masyarakat Sandakan kini dianggarkan kira-kira 95 peratus telah mematuhi PKP.

Beliau memaklumkan, anggaran itu dibuat berdasarkan statistik diperolehi daripada pasukan polis bersama pasukan bantuan dari agensi-agensi kerajaan terlibat yang membuat rondaan, pemantauan dan sekatan jalan setiap hari.

Azhar berkata anggaran peratusan itu juga termasuklah pematuhan masyarakat terhadap amalan penjarakan sosial di pasar umum, pasar raya, kedai runcit, kedai makan dan lain-lain premis.

Beliau menegaskan operasi yang dilaksanakan Pasukan Pemantau PKP yang disertai polis dan agensi kerajaan lain telah menunjukkan satu hasil yang tinggi bagi masyarakat mematuhi PKP dengan tujuan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

"Tujuan PKP ialah menyekat perjalanan (hadkan pergerakan) dan mengurangkan interaksi orang ramai, kita mahu amalkan 'social distancing’ (penjarakan sosial),” katanya selepas lawatan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan ke Sekatan Jalan Raya (SJR) Batu 16 Gum-Gum.

Beliau berkata Datuk Mazli Mazlan amat berpuas hati dengan kesiapsiagaan anggota keselamatan yang bertugas di lokasi SJR berkenaan.

“Kerjasama masyarakat Sandakan juga melalui SJR juga memberi kerjasama baik kepada anggota yang bertugas,” katanya.

Azhar berkata masyarakat sudah mula memahami tugas dan peranan PDRM, ATM, Angkatan Pertahanan Awam, RELA, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkaitan sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

Katanya, penjelasan melalui hebahan yang dibuat PDRM, Jabatan Penerangan Malaysia dan KKM dari semasa ke semasa membolehkan masyarakat kini lebih faham PKP.

Sementara itu, Azhar berkata sebanyak lima SJR membabitkan pemeriksaan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam dan RELA diadakan di daerah ini sepanjang pelaksanaan PKP.

“Hanya terdapat dua kes yang ingkar arahan PKP di SJR Batu 5 dan Batu 16,” katanya.

Beliau turut mengingati masyarakat agar terus bantu pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP ini dengan cara mendisiplinkan diri, 'duduk di rumah' dan hanya keluar bila perlu sahaja.

  • oleh
  • Advertisement