Anda di sini

Operasi kilang rumbia dibenarkan, penerbangan Kuala Lumpur, Labuan ke Miri dikurangkan - JPBNS

Advertisement
Abdul Karim menerima sumbangan Yayasan Sarawak daripada Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang (kiri) yang disumbangkan kepada kerajaan negeri selepas sidang media di sini. Turut kelihatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Abu Bakar Marzuki (kanan).
Abdul Karim menerima sumbangan Yayasan Sarawak daripada Pengarah Yayasan Sarawak, Azmi Bujang (kiri) yang disumbangkan kepada kerajaan negeri selepas sidang media di sini. Turut kelihatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Abu Bakar Marzuki (kanan).

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini membuat beberapa keputusan baharu mengenai pengoperasian termasuk kilang rumbia dan juga jadual penerbangan ke Sarawak.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia selaras dengan pengoperasian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 2 dari 1 hingga 14 April.

"Jawatankuasa pada mesyuarat hari ini memutuskan bahawa semua kilang-kilang pemprosesan rumbia dibenarkan dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 petang.

"Selain itu jawatankuasa memutuskan bilangan penerbangan dari Labuan ke Miri akan dikurangkan semasa tempoh PKP kepada tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

"Manakala penerbangan dari Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur hanya dua kali seminggu iaitu Khamis dan Ahad," katanya pada sidang media mewakili pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai PKP, Abdul Karim berkata sehingga hari ini, pematuhan PKP adalah sebanyak 96.3 peratus.

Pada Isnin (6 April) katanya, polis menangkap 35 orang di Sarawak kerana melanggar PKP dan 51 orang dituduh di mahkamah.

Sementara seramai 12 orang lagi dipenjara dan 29 orang didenda.

"Sehingga hari ini, seramai 4,140 petugas PDRM telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan dan dibantu seramai 1,220 agensi bantuan seperti Angkatan Tentera Malaysia (681), RELA (397), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai 63 anggota dan Polis Sukarelawan (PVR) (79)," katanya.

  • oleh
  • Advertisement