Anda di sini

Maritim, PPM iringi 98 individu terkandas di negara jiran

Advertisement
 Pihak berkuasa iring masuk feri bawa 98 individu dari Nunukan, Indonesia.
IRING: Pihak berkuasa iring masuk feri bawa 98 individu dari Nunukan, Indonesia.

TAWAU: Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) Pasukan Polis Marin (PPM) menjalankan operasi khas mengiringi 98 individu termasuk 15 warga Indonesia yang terkandas di Nunukan, Indonesia memasuki Malaysia melalui perairan Tawau.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, operasi itu melibatkan sebuah aset bot ronda Maritim dan dua bot PPM ditugaskan mengiringi feri khas yang membawa kesemua individu terbabit dari negara seberang.

"Anggota kita mengiringi feri terbabit kira-kira jam 9.30 pagi dari persempadanan Malaysia-Indonesia, Pulau Sebatik menuju ke jeti Terminal Feri Tawau (TFT) sebelum selamat tiba kira-kira jam 10.30 pagi," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Siva berkata, setibanya di terminal berkenaan, kesemua mereka disambut oleh petugas-petugas khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menjalani proses saringan dan sanitasi COVID-19.

"Kesemua mereka akan dibawa ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau menaiki kenderaan khas yang telah disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dikuarantinkan selama 14 hari," katanya.

Menurutnya, Maritim Malaysia akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di sempadan negara terutamanya sepanjang PKP di perairan Tawau bagi mengelakkan sebarang ancaman dari luar negara khususnya berkaitan wabak COVID-19.

  • oleh
  • Advertisement