Anda di sini

Lapan lelaki berjudi diberkas polis

Advertisement
 

SIBU: Lapan lelaki berumur antara 22 hingga 32 tahun yang leka berjudi daun terup ditahan polis di sebuah kedai di Teku di sini pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata turut dirampas sebuah meja, lapan kerusi plastik, daun terup dan wang tunai.

Menurutnya, mereka yang ditangkap akan direman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2)Akta Rumah Judi Terbuka dan Peraturan 11(1) (No.2) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Terjejas) Peraturan 2020.

  • oleh
  • Advertisement