Anda di sini

Kemudahan di pusat kuarantin akan dipertingkatkan

Advertisement
SHAFIE
SHAFIE

KOTA KINABALU: Kemudahan infrastruktur di semua pusat kuarantin di negeri ini akan ditambah baik oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak bagi memastikan penempatan di pusat kuarantin bukan sahaja selamat malah selesa untuk didiami penghuni.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut dimaklumkan mengenai perkara itu agar infrastuktur di pusat kuarantin dapat dipertingkatkan.

"Saya maklumkan pihak KKM kita akan bantu tambah baik sedikit mengikut keperluan dan ada yang boleh ditempatkan di pusat kuarantin yang diwartakan kerajaan negeri.

"Saya turut arahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menambah baik infrastruktur sama ada dari segi kemudahan tandas dan katil.

"Beberapa lokasi kita turut sedia kenal pasti untuk menempatkan mereka yang datang dari luar negara dan perlu dikuarantin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan topeng muka kepada petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Kepayan di sini.

Ditanya mengenai tindakan kerajaan Persekutuan yang menyediakan pusat kuarantin di hotel secara percuma di Kuala Lumpur, Shafie menjelaskan, perkara itu perlu diperincikan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di Sabah.

Beliau turut maklum mengenai peruntukan daripada KKM untuk bantu golongan yang tinggal di pusat kuarantin di hotel.

Bagaimanapun katanya, di Sabah setakat ini, mereka yang memilih untuk dikuarantin di hotel perlu menanggung perbelanjaan mereka sendiri.

Dalam pada itu, pihaknya akan meneliti perkara itu dan mengenal pasti pendekatan terbaik untuk menguruskannya.

  • oleh
  • Advertisement