Anda di sini

Jumpa Cik Kiah di saluran Astro

Advertisement
 

FENOMENA Cik Kiah kini melanda rakyat Malaysia.

Nama itu hangat diperkatakan sehingga menjadi ‘trending’ di Twitter dan pelbagai jenis ‘memes’ menarik turut dikongsi di platform media sosial apabila ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya Cik Kiah yang disebut-sebut. Siapakah wanita bernama Cik Kiah?

Istimewa buat pelanggan Astro, kami tampilkan Cik Kiah di saluran Astro dan juga On Demand (OD). Pelanggan Astro yang rindukan Cik Kiah boleh berhibur bersama keluarga dengan menyaksikan rantaian siri drama dan telemovie Cik Kiah secara percuma dan pada bila-bila masa.

Antara yang menanti pelanggan Astro di OD adalah telemovie ‘Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya’, ‘Tu Dia Kiah Nak Raya’, ‘Kiah Beraya Solo’, ‘Kiah Pi Jepun’, manakala drama siri 13 episod adalah ‘Kiah Mai Pulak’, ‘Kiah Pekasam’ dan ‘Kiah The Spy’.

Kesemua rantaian ini boleh ditonton mulai 28 Mac khas oleh pelanggan-pelangan Astro.

Pihak Astro juga akan menambah judul filem tempatan di OD yang boleh ditonton dari masa ke semasa.  

Selain itu, para pelanggan Astro juga boleh menikmati akses menonton drama dan telemovie tersebut di On Demand. Ikuti tiga langkah mudah berikut:

1) Tekan Home, pergi ke Tetapan.

2) Pilih Rangkaian & tekan Wi-Fi.

3) Masukkan kata laluan Wi-Fi dan kini anda bersedia untuk menyaksikan on demand.

Dengan palbagai konten menarik yang disediakan, diharapkan rakyat Malaysia dapat duduk di rumah dengan tenang sekali gus membantu kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

Kekal Selamat, Kekal Di Rumah dan Kekal menonton saluran-saluran menarik hanya di Astro.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com. Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama Astro anda di rumah. #StayAtHome #DudukRumah #KekalTenang

Advertisement