Anda di sini

Hanya nelayan, pemborong besar boleh berada di SAFMA

Advertisement
 Zaini dan Habibi semasa menjalankan tinjauan di pasar SAFMA.
TINJAU: Zaini dan Habibi semasa menjalankan tinjauan di pasar SAFMA.

KOTA KINABALU: Hanya nelayan serta pemborong besar sahaja dibenarkan berada di Kompleks Perikanan SAFMA di sini bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata orang awam secara perseorangan atau peruncit kecil kini tidak dibenarkan untuk membeli ikan secara langsung daripada nelayan seperti sebelum ini.

“Bertindak dengan aduan diterima berkenaan tempat pemunggahan ikan yang menjadi tumpuan masyarakat dalam jumlah agak ramai, maka kita bersetuju untuk melarang kehadiran individu atau peruncit kecil berada di pasar SAFMA terutamanya waktu subuh.

“Hanya nelayan serta pemborong besar sahaja dibenarkan berada di sini bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang dan orang awam serta peruncit kecil hendaklah mendapatkan ikan di Pasar Besar atau pasar berhampiran sahaja,” katanya sambil menambah terdapat enam pasar utama yang dibuka di sekitar daerah ini kepada orang awam.

Habibi berkata tindakan ini dilaksanakan bagi tujuan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di daerah ini.

“Saya tegaskan sekali lagi berkenaan larangan orang awam untuk berada di pasar SAFMA demi keselamatan diri masing-masing dan kita akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan ini.

“Sekiranya terdapat mana-mana individu atau pihak yang masih berdegil dengan tidak mematuhi larangan ini, polis tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tangkapan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau keadaan pasa SAFMA bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass di sini.

  • oleh
  • Advertisement