Anda di sini

G3 Global Berhad perangi wabak COVID-19 dengan AI Thermal Imaging Solutions

Advertisement
 

KUCHING: SenseTime yang diiktiraf sebagai antara syarikat perintis kecerdasan buatan (AI) paling utama di dunia bersama-sama dengan rakan globalnya yang berpusat di Malaysia iaitu G3 Global Berhad, melancarkan dua produk baharu iaitu SenseTime Nebula-ITMDT dan SenseTime Thunder-E Thermal Imaging Solutions dalam usaha memerangi wabak COVID-19. 

Produk-produk ini menggunakan kamera suhu yang membolehkan individu-individu mempunyai suhu tinggi dikesan dan isyarat pemberitahuan dapat dihantar, menurut pihak G3 Global Berhad.

Teknologi SenseTime ini mempunyai ‘mask algorithm’ yang berfungsi dalam dua cara, tambahnya.  

“Pertama, ia boleh mengesan individu yang tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam. 

“Sementara itu, berkenaan kawalan terhadap akses ke dalam bangunan atau premis, teknologi ini juga mempunyai tahap ketepatan tinggi dalam mengecam wajah meskipun mereka memakai penutup hidung dan mulut,” ujar pihak G3 Global Berhad menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Ujarnya, pengguna teknologi ini mempunyai pilihan yang luas dalam mendapatkan maklumat pencegahan epidemik seperti suhu badan, status penggunaan penutup hidung dan mulut dan pengenalan identiti. 

“Teknologi tanpa sentuhan ini mempunyai kelebihan berbanding alat pengimbas konvensional yang mempunyai kurang ciri dan kadar ketepatan yang rendah, berisiko tinggi untuk sentuhan fizikal dan berkemungkinan menyebabkan kos yang lebih tinggi,” katanya. 

Selain itu menurutnya, pengimbas konvensional juga memerlukan tenaga manusia lebih ramai yang boleh menyebabkan kesesakan semasa waktu puncak.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif G3 Global Berhad (G3) Datuk Wan Khalik Wan Muhammad menjelaskan, teknologi penemuan baharu SenseTime ini menawarkan lebih banyak faedah.

“Ia termasuk pengimbasan suhu secara pantas tanpa menganggu ’movement flow speed’ dengan ketepatan pengesanan suhu tinggi, sekali gus mampu mengurangkan kadar bacaan palsu. 

“Ciri-ciri ini menjadikan teknologi SenseTime suatu rumusan ideal untuk institusi, pejabat kerajaan dan persendirian, bangunan, pusat beli-belah, hotel, lapangan terbang, hab pengangkutan, sekolah dan tempat awam,” kata Wan Khalik lagi. 

Pihaknya memeterai perjanjian kolaborasi dengan SenseTime Group Limited dari China pada tahun 2019 untuk membangunkan produk dan inovasi baru berasaskan AI bagi pasaran Malaysia.

“Pada masa ini, teknologi SenseTime iaitu Nebula-ITMDT dan Thunder-E Thermal Imaging Solutions telah digunakan di pelbagai lokasi di seluruh China termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dan di seluruh dunia dengan kecekapan dan keputusan tinggi. 

“Di Malaysia pula, pihak kami baru-baru ini memasang sistem Thunder-E di Istana Negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai serta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA2) bersama-sama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),” ujar beliau. 

Beliau juga memaklumkan yang usaha Malaysia dalam memerangi penularan COVID-19 di negara ini mungkin akan berlarutan untuk sesuatu tempoh yang panjang dan penggunaan inovasi AI SenseTime merupakan jalan penyelesaian yang terbaik.

Ia akan menjadikan kos efektif dalam mengurus situasi sebegini terutamanya apabila Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir dan rakyat Malaysia kembali menjalani kehidupan seperti biasa, katanya.

Maklumat lanjut mengenai G3 dan SenseTime Thermal Imaging Solutions boleh didapati di www.g3global.com.my atau dengan menghubungi +60123000341/+60196270518.

  • oleh
  • Advertisement