Anda di sini

Dakwaan bantuan hanya kepada ahli parti tertentu tidak benar

Advertisement
 Madius (kiri) bersedia menyampaikan bantuan makanan kepada wakil penerima.
BERSEDIA: Madius (kiri) bersedia menyampaikan bantuan makanan kepada wakil penerima.

TUARAN: Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bantuan bekalan makanan hanya diberikan kepada ahli parti-parti tertentu adalah tidak benar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan berbaur fitnah.

"Saya sedar, banyak dakwaan ini berlegar-legar di media sosial, dan saya ingin tegaskan ini tidak tepat sama sekali.

"Kita tidak mempolitikkan bantuan-bantuan yang diberikan. Kita ikhlas dan memberi bantuan dengan penuh integriti khususnya kepada yang kurang berkemampuan dan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan selepas menyampaikan 200 bantuan bekalan makanan di Mukim Nabalu, di sini.

Madius  yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, bantuan akan diberikan mereka yang diutamakan seperti golongan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan miskin tegar.

"Justeru, sekiranya ada sesiapa yang mempunyai bukti bahawa penyaluran bantuan cuma diberikan kepada ahli parti-parti tertentu tolong maklumkan, supaya kita akan dapat mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement