Anda di sini

COVID-19: Abe isytihar darurat selama sebulan di tujuh bandar di Jepun 

Advertisement
 
 

TOKYO: Perdana Menteri Shinzo Abe (gambar) pada Selasa mengumumkan darurat selama sebulan di tujuh bandar raya di Jepun, susulan penularan COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Abe, darurat dikuatkuasakan di Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Jepun setakat ini mengesahkan 4,845 kes COVID-19 dengan angka kematian mencecah 108 orang. Seramai 1,211 pesakit sembuh. - Bernama 

Advertisement