Anda di sini

BSN cawangan Lahad Datu terkawal

Advertisement
YAHYA
YAHYA

LAHAD DATU: Premis Bank Nasional Berhad (BSN) cawangan Lahad Datu mengendalikan kira-kira 120 pelanggan sejak pengumuman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di sini.

Pegawai Cawangan BSN Lahad Datu Md Yahya Salleh berkata, keadaan terkawal sejak Isnin yang merekodkan mengendalikan kira-kira 50 orang pelanggan dan 70 orang semalam.

"Keadaan di sini amat terkawal kerana kerjasama baik anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum operasi bank bermula lagi," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, BSN yang memulakan operasi jam 9 pagi hingga 3 petang kecuali Sabtu dan Ahad telah membuat persiapan awal seperti yang ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) mengendalikan pelanggan-pelanggan BPN.

 Antara pelanggan yang berbaris untuk berurusan di BSN.
TERKAWAL: Antara pelanggan yang berbaris untuk berurusan di BSN.

Katanya, penjarakan sosial, menetapkan lima pelanggan berada dalam premis dalam satu masa, menyahkuman di lobi dan kawasan mesin setiap dua jam dipraktikkan untuk menghalang penyebaran COVID-19.

Salleh merakamkan penghargaan dan berterima kasih dengan kerjasama PDRM dan ATM dalam memastikan operasi BSN berjalan lancar.

Dari tinjauan Utusan Borneo di kawasan letak kereta berhampiran premis BSN mudah digunakan dan tidak ramai yang berbaris berhampiran pintu masuk premis.

Di dalm premis pula, terdapat seorang petugas PDRM dan lima pelanggan menunggu giliran untuk berurusan di kaunter dan mesin.

  • oleh
  • Advertisement