Anda di sini

Berbaris panjang untuk dapatkan pembayaran BPN

Advertisement
 keadaan orang ramai yang berbaris menunggu giliran memasuki bank.
BERBARIS PANJANG: keadaan orang ramai yang berbaris menunggu giliran memasuki bank.

KOTA KINABALU: Beratur panjang sehingga hujung blok kedai antara keadaan yang dapat dilihat di sekitar bank Inanam susulan hari kedua pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Bagaimanapun, masih ramai di antara mereka yang tidak mendengar arahan-arahan pihak kerajaan untuk mengamalkan penjarakan sosial sejauh satu meter walaupun masing-masing menggunakan penutup mulut.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar Inanam mendapati ramai orang awam membanjiri bank-bank di sekitar pekan ini.

Walaupun bank selalunya mula beroperasi sekitar jam 9 pagi, tetapi ramai di antara orang awam mula berbaris seawal 8.30 pagi.

Keadaan itu berterusan mungkin disebabkan rakyat ingin mengambil wang bantuan berkenaan untuk membeli keperluan harian seperti makanan dan sebagainya.

Baru-baru ini pembayaran BPN dibayar secara berperingkat mengikut tarikh yang telah dimaklumkan kepada penerima bantuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Pembayaran BPN dibayar secara berperingkat bermula 6 hingga 12 April bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah. 

Manakala, pembayaran bagi isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 akan mula dibayar pada 13 hingga 15 April.

Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah akan dibayar secara berperingkat antara 6 hingga 12 April, sementara individu bujang dengan pendapatan RM2,000 hingga RM4,000 akan dibayar secara berperingkat bermula 13 hingga 15 April.

  • oleh
  • Advertisement