Anda di sini

Baitulmal agih sumbangan kepada petugas barisan hadapan

Advertisement
 Salman (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil di Kem Bukit Perwira Rejimen 507 Askar Wataniah.
SUMBANGAN: Salman (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil di Kem Bukit Perwira Rejimen 507 Askar Wataniah.

KOTA KINABALU: Baitulmal Negeri Sabah giat meneruskan usaha mengagihkan bantuan makanan kering dan minumam kepada petugas barisan hadapan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengurus Besar Baitulmal Sabah Salman Nurillah berkata, kali ini bantuan disampaikan kepada askar wataniah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas untuk memastikan PKP dipatuhi sepenuhnya .

Menurutnyam agihan bantuan itu disampaikan di lima lokasi iaitu Papar, Sabindo Kinarut, Putatan, Kepayan, dan Kem Bukit Perwira Rejimen 507 Askar Wataniah.

Katanya, lokasi yang turut menerima sumbangan Baitulmal Sabah adalah Petugas Warisan Harta di Wisma MUIS.

"Sumbangan ini bertujuan meringankan tugasan mereka yang banyak berkorban dalam menangani penularan wabak COVID-19.

"Ia adalah hasil dana sedekah orang ramai yang menyumbang melalui Baitulmal Sabah dengan kaedah potongan gaji dan sebagainya," katanya dalam kenyataan di sini.

Pihaknya turut menyeru semua pihak termasuklah syarikat korporat atau pihak persendirian untuk terus menyumbang melalui Baitulmal Sabah.

Beliau berkata, sumbangan derma melalui Baitulmal Sabah adalah layak mendapat pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

  • oleh
  • Advertisement