Anda di sini

Arabyrd, Hullera & Sophia Liana buat ‘Hal’ dalam single baharu

Advertisement
 Arabyrd (tengah) bersama Hullera (kiri) dan Sophia Liana.
BUAT ‘HAL’: Arabyrd (tengah) bersama Hullera (kiri) dan Sophia Liana.

PENYANYI rap wanita serta DJ serba boleh yang berasal dari Kuching, Arabyrd kini muncul dengan sebuah single baharu berjudul ‘Hal’ yang melihat dia bergabung secara kreatif bersama penyanyi rap muda yang sedang meningkat naik, Hullera dan salah seorang anggota trio rap wanita De Fam, Sophia Liana.

Lagu yang merupakan ciptaan Arabyrd, Hullera dan Sophia Liana sendiri itu telah mendapat sentuhan dan olahan magis DJ tempatan dan penerbit muzik, DJ Ziqq dan penyanyi rap serta komposer terkenal, SonaOne.

Single ‘Hal’ membawa mesej memperkasakan wanita di mana setiap hari kaum hawa berdepan dengan pelbagai cabaran dan perlu berdikari dan harus berani dalam menjalani kehidupan sehari-hari, dan jangan ambil peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang luar selagi kita tidak buat ‘Hal’.

Video muzik ‘Hal’ telah pun dilancarkan pada 27 Mac lepas dan diterbitkan oleh Gushcloud Malaysia, Amar Halim dan Zakwan Azizan, dan diarahkan oleh Atong dan Bibo.

‘Hal’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik single ‘Hal’ ini juga boleh ditonton di saluran Youtube.

Advertisement