Anda di sini

98 individu terkandas di Nunukan, Indonesia dibawa pulang

Advertisement
 Semua mereka melalui pemeriksaan dokumentasi daripada pihak JIM.
PEMERIKSAAN: Semua mereka melalui pemeriksaan dokumentasi daripada pihak JIM.

TAWAU: Seramai 98 individu termasuk 83 rakyat Malaysia yang terkandas di Nunukan, Indonesia sejak 30 Mac lalu berjaya dibawa masuk ke Jeti Terminal Feri Tawau (TFT), di sini hari ini (7 April).

Kesemua mereka terdiri daripada 45 lelaki, 44 wanita dan sembilan kanak-kanak dibawa masuk menaiki feri MV Labuan Express dari pelabuhan Nunukan, Indonesia dan diiringi dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) dan sebuah bot Maritim.

Individu terbabit termasuk 15 warga Indonesia yang merupakan isteri, suami atau ibu bapa kepada pasangan dijamin warga Malaysia.

Hasil tinjauan Utusan Borneo di lokasi, sebaik feri mereka berlabuh di Jeti TFT pihak berkuasa bertindak melakukan semburan nyah cemar di bahagian feri termasuk bagasi dan penumpang yang datang.

Kemudian, semua penumpang terbabit diarah untuk membuat pemeriksaan dokumentasi yang dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di terminal berkenaan.

Semua mereka dibawa menaiki 13 kenderaan agensi pihak berkuasa termasuklah daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum mereka dihantar ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau untuk dikuarantin.

Penghantaran pulang warga Malaysia sudah dilakukan sebanyak tiga kali termasuk hari ini (semalam) selepas kerajaan negeri memberikan kebenaran khas kepada rakyat Malaysia yang terkandas di negara jiran semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dua operasi penghantaran pulang terdahulu melibatkan 30 rakyat Malaysia yang terkandas di negara jiran terbabit termasuk 24 jemaah tabligh pada 21 dan 29 Mac lalu.

Terdahulu, Utusan Borneo pada 4 April lalu melaporkan 120 rakyat Malaysia terkandas di Nunukan dan merayu kerajaan bantu untuk mereka balik ke tanah air melalui paparan video yang tular di media sosial dimuat naik Ahmad Rizamsyah Mohd Noor, 28, salah seorang daripada mereka.

  • oleh
  • Advertisement