Anda di sini

900 KIR di PPR Taman Harmoni dapat bantuan makanan

Advertisement
 Bantuan makanan untuk penduduk PPR Taman Harmoni yang ditempatkan di dewan serbaguna taman berkenaan.
KUMPUL: Bantuan makanan untuk penduduk PPR Taman Harmoni yang ditempatkan di dewan serbaguna taman berkenaan.

SANDAKAN: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JKM) Bahagian Sandakan menyalurkan bantuan makanan kepada kira-kira 900 Ketua Isi Rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan.

Bantuan dianggarkan bernilai RM200 setiap bungkus itu diagihkan oleh Pasukan Sukarelawan JKM selepas Jawatankuasa Bencana Daerah Sandakan memperketatkan kawalan di kawasan perumahan tersebut sejak Sabtu lalu.

Pegawai Penyelaras Unit Khidmat Komuniti dan Pembangunan Sosial, JKM Bahagian Sandakan, Sumitro Sayam berkata, antara barangan disalurkan termasuklah beras, gula, telur, makanan tin serta beberapa keperluan lain bagi tempoh kegunaan sehingga 14 April ini.

Menurutnya, pengagihan selama dua hari sejak jam 2 petang Ahad lalu itu dilakukan oleh seramai 30 Sukarelawan yang berdaftar di bawah JKM Bahagian Sandakan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di Sandakan.

Untuk rekod, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Sandakan, Wong Foo Tin pada Sabtu telah mengarahkan Pasukan Pemantau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sandakan untuk memperketat kawalan di PPR Taman Harmoni selepas kawasan itu mencatatkan lima kes positif COVID-19.

 Kerja-kerja membungkus bantuan makanan dilakukan di ruang legar Bangunan Persekutuan Negeri.
KERJASAMA: Kerja-kerja membungkus bantuan makanan dilakukan di ruang legar Bangunan Persekutuan Negeri.

Sepanjang kawalan diadakan, penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PPR tersebut. Dan, orang awam juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan berkenaan.

Dalam pada itu, Sumitro berkata ketika ini pihaknya melaksanakan kutipan dalam kalangan Sukarelawan JKM bagi membeli barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada penduduk terjejas selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

  • oleh
  • Advertisement