Anda di sini

15 kes baharu positif COVID-19 di Sarawak

Advertisement
Abdul Karim pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19 di Sarawak.

KUCHING: Lima belas (15) lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Sarawak pada hari ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang mewakili pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media hari ini berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 288 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. 

"Daripada 15 kes tersebut, 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes dirawat di Hospital Miri," katanya.

Beliau berkata pada hari ini juga sebanyak 92 kes baharu orang yang disyaki (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,797 kes.

Tambahnya daripada jumlah itu, 1,409 kes adalah negatif dan 100 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

"Bagi kes PUI di daerah Kuching pada hari ini, sebanyak 41 kes PUI disaring, dimana lapan kes PUI disaring di Kompleks Belia dan Sukan, dan 33 kes PUI disaring di HUS," katanya.

Selain 41 kes PUI di daerah Kuching, di Betong sebanyak 14 kes PUI dilaporkan, Serian (13 kes), Miri (11), Samarahan (5), Bintulu dan masing-masing satu kes di Asajaya, Saratok dan Tebedu.

  • oleh
  • Advertisement