Anda di sini

Tidak dibenar keluar rumah, Dasmin dan keluarga tingkat penjagaan kesihatan diri

Advertisement
 Dasmin sedang membersihkan peralatan pancingnya dengan ditemani seorang anak lelakinya.
AMALAN JAGA KEBERSIHAN: Dasmin sedang membersihkan peralatan pancingnya dengan ditemani seorang anak lelakinya.

SANDAKAN: Seorang penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni Batu 3, Mohd Dasmin Damming , 35, memberitahu dia dan ahli keluarganya meningkatkan amalan penjagaan kesihatan diri sejak taman perumahannya di kawal ketat pihak polis sejak petang Sabtu lepas.

Beliau dan isteri serta tiga anaknya sentiasa memastikan diri masing-masing dalam keadaan bersih dan sentiasa mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

“Sejak tidak dibenarkan keluar dari rumah pada Sabtu lepas akibat kawalan ketat pasukan keselamatan di taman perumahan ini, kami sekeluarga amat menitik beratkan amalan penjagaan kesihatan diri dan kebersihan persekitaran dalam rumah.

“Saya juga membersihkan peralatan dalam rumah untuk memastikan rumah kami bebas dari kuman wabak tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Dasmin berkata sejak sabtu, mereka diberikan arahan supaya tidak keluar dari rumah dan wajib berada dalam rumah oleh pihak berkuasa dan kami sekeluarga akur untuk keselamatan kami.

"Buang sampah pula hanya dibenarkan pada waktu tengah hari dan petang sahaja. Waktu malam sudah tidak dibenarkan sama sekali buang sampah.

"Sabtu lepas, ada kakitangan kesihatan yang datang ke rumah-rumah kami bertanya sama ada penghuni rumah ada sakit batuk, selsema dan demam berlarutan. Kami hanya berbual melalui tingkat rumah,” katanya.

Beliau memaklumkan kepada pihak Jabatan Kesihatan itu di mana kami sekeluarga sihat dan tidak ada simptom berkenaan.

Ditanya mengenai keperluan barang makanan adakah mencukupi, Dasmin berkata sebelum langkah kawalan ketat dilakukan di taman perumahan ini di mana dia ada keluar pergi membeli barang keperluan dapur pada sebelah pagi Sabtu.

“Saya dimaklumkan ada bantuan barang keperluan buat taman perumahan ini, tetapi saya  belum menerimanya lagi,” katanya.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan ekoran isterinya dijadualkan berklinik ke klinik ibu dan bayi pada minggu ini.

“Ekoran tidak boleh keluar dari kawasan taman perumahan, bagaimana nak ke klinik bagi pemeriksaan terhadap isteri yang sedang mengandung,” katanya.

Dasmin berkata sekiranya klinik dibuka di kawasan itu akan lebih memudahkan isterinya untuk membuat pemeriksaan.

Terdahulu, sejak jam 2 petang Sabtu lepas, penghuni PPR Taman harmoni tidak dibenarkan keluar dan tiada sesiapa dibenarkan masuk yang dikawal oleh pihak polis ekoran terdapatnya 5 orang positif COVID-19 dan beberapa individu lagi dalam siasatan (PUI).

  • oleh
  • Advertisement