Anda di sini

Siaran langsung rancangan khas #QuranTime di TV AlHijrah

Advertisement
 

SELURUH dunia kini sedang berhadapan dengan saat-saat yang amat genting semenjak virus sekecil zarah yang digelar Coronavirus atau turut dikenali sebagai COVID-19 mengibarkan bendera merah lantas berikrar untuk menjangkiti seluruh manusia di muka bumi tanpa mengira negara, bangsa dan agama anutan.

Keazaman dan kegilaan pembuli yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ini tidak dapat disangkal lagi apabila statistik dunia menunjukkan hampir 30 ribu kematian seluruh dunia bermula Disember 2019 lalu disebabkan jangkitannya dan jumlah ini dijangka akan bertambah sehingga penularannya berjaya dikekang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada rukun iman, kita seharusnya yakin kepada qada’ dan qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT dan kembali kepada kitab sucinya iaitu Al -Quran dalam mencari penawar rohani dan jasmani bagi menghadapi saat-saat yang sangat sukar ini.

Oleh yang demikian, TV AlHijrah mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan rakyat Malaysia kekal tenang dan mendapat maklumat terkini tentang pandemik Covid-19 ini.

Melalui kempen #MusaadahCovid19 yang dilhamkan sendiri oleh Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), TV AlHIjrah kekal bersiaran dengan hidangan pelbagai rancangan berinformasi serta mendidik seperti rancangan bual bicara Assalamualaikum, rancangan Analisis, Berita AlHijrah, Maidatul Quran dan lain- lain.

Terbaru, stesen berkonsepkan gaya hidup Islam ini menyiarkan siaran langsung rancangan #QuranTime dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Warisan Ummah Ikhlas.

#QuranTime disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 12 tengahari hingga satu petang dengan menggunakan tagline MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah.

Menerusi siaran satu jam #QuranTime, penonton seisi keluarga berpeluang untuk bertadarus bersama-sama tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti para ilmuan agama, ahli akademik, huffaz dan ramai lagi.

Ditemani hos rancangan iaitu Tuan Fazrul Ismail, seorang pentadabbur Al-Quran yang tidak asing lagi, kesemua tetamu jemputan akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah.

Nikmat berdua-duaan dengan kitab suci Al-Quran bukan selalu dapat dinikmati oleh semua umat Islam.

TV AlHijrah menjadikan #QuranTime sebagai penenang jiwa yang mampu menenangkan, mendidik dan memberi kekuatan dalaman kepada seluruh umat Islam Malaysia dalam menghadapi ujian Allah yang sangat besar ini.

Paling penting, #QuranTime dilihat mampu dijadikan platform terbaik untuk menyatukan hati-hati penonton dalam membina tabiat baru dalam meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Jadi jangan lupa untuk terus bersama #QuranTime setiap hari selama satu jam hanya di TV AlHijrah.

Untuk maklumat terkini serta menikmati rancangan dan perkembangan semasa dunia dan tanah air, ‘Like’ dan ‘Follow’ laman sosial Facebook TV AlHijrah dan Instagram TV AlHijrah.

Advertisement