Anda di sini

PPR Taman Harmoni dinyah kuman

Advertisement
 Vivian (tengah) menyerahkan sumbangan kelengkapan untuk kegunaan petugas yang menjaga kawasan PPR Taman Harmoni.
SERAH: Vivian (tengah) menyerahkan sumbangan kelengkapan untuk kegunaan petugas yang menjaga kawasan PPR Taman Harmoni.

SANDAKAN: Sebanyak 900 gelen cecair pencuci  telah diagihkan kepada penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni di sini bagi tujuan menyah kuman kawasan dalam rumah masing-masing.

Pengagihan cecair pencuci itu adalah inisiatif Pejabat Parlimen Sandakan diketuai Ahli Parlimennya Vivian Wong Shir Yee dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan.

Menurut Vivian, kedudukan rumah di kawasan flat itu yang berhampiran antara satu sama lain menyebabkan risiko penyebaran COVID-19 lebih tinggi.

Untuk rekod, setakat ini PPR Taman Harmoni mempunyai lima kes positif COVID-19 dan perumahan itu telah diperketatkan dari segi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Sabtu.

"Sebab itu, kami dari Parlimen Sandakan bekerjasama dengan JBPM Zon Sandakan untuk mengagihkan cecair pencuci kepada setiap keluarga. Pihak kami beri bahan pencuci dan pihak bomba bantu bancuh menggunakan tangki air mereka.

"Gelen pencuci serta sarung tangan kemudian diagihkan kepada penghuni untuk mereka bersihkan kawasan dalam rumah. Manakala, kakitangan bomba membantu nyah kuman sekitar perumahan seperti lorong, tangga, jalan raya dan kawasan tumpuan ramai," katanya.

Sementara itu, Ketua JBPM Zon Sandakan Martin Thomas berkata, seramai sembilan anggota telah melakukan kerja-kerja menyah kuman kawasan sekitar PPR Taman Harmoni itu yang mempunyai 10 blok.

Katanya, proses menyah kuman dilakukan secara manual dengan menggunakan pam 'nap shake sprayer'.

"Untuk rekod, setakat ini hanya PPR Taman Harmoni yang dikategorikan sebagai kawasan zon merah di Sandakan. Berikutan itu, kita lakukan proses nyah kuman di perumahan ini.

"Terima kasih kepada YB Vivian dan pasukannya yang menyumbangkan bahan cecair pencuci. Dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam proses nyah kuman kali ini termasuk Polis, KKM, RELA dan sebagainya," jelasnya.

Terdahulu, Vivian turut menyumbangkan beberapa kelengkapan seperti khemah, meja dan kipas serta minuman kepada petugas pelbagai agensi yang bergilir-gilir menjaga kawasan PPR Taman Harmoni.

 Anggota bomba mulai melakukan proses menyah kuman di kawasan sekitar PPR Taman Harmoni.
TUGAS: Anggota bomba mulai melakukan proses menyah kuman di kawasan sekitar PPR Taman Harmoni.
  • oleh
  • Advertisement