Anda di sini

Polis larang kutipan bantuan PKP tanpa permit sah

Advertisement
FARID
FARID

LABUAN: Polis melarang keras mana-mana individu mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) menjalankan sebarang kutipan awam tanpa permit sah untuk membantu individu yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata pihaknya mendapati wujud individu dan NGO yang telah membuat kutipan awam untuk tujuan mengumpul dana mengagihkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

“Kutipan tidak boleh dijalankan tanpa permit sah mengikut peruntukan undang-undang,” katanya kepada media.

Farid mengingatkan pesalah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pungutan Derma Rumah ke Rumah dan Jalan 1947.

Menurut Farid, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Farid mengingatkan orang ramai agar mematuhi tempoh PKP sehingga 14 April kerana jika berlaku pelanggaran peraturan, pihak polis tidak akan berkompromi mengenakan tindakan tegas.

Farid juga menasihkan pihak-pihak yang berhasrat menyumbang agar menyalurkan sumbangan mereka kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah dengan menghubungi talian 087-425600 atau Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Labuan dengan menghubungi talian 087-408601/603/758.

  • oleh
  • Advertisement