Anda di sini

Pemantauan, kawalan rapi dilakukan di Kota Samarahan ekoran penambahan ketara kes positif COVID-19

Advertisement
Abdul Karim pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini. - Gambar UKAS.
Abdul Karim pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini. - Gambar UKAS


KUCHING: Pemantauan dan kawalan lebih rapi akan dilakukan di Kota Samarahan berikutan kadar jangkitan COVID-19 yang semakin bertambah setiap hari di bahagian itu.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pemantauan dan kawalan lebih rapat itu akan dilakukan pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 hingga 14 April.

"Kadar jangkitan COVID-19 di Kota Samarahan yang semakin bertambah memerlukan pemantauan dan kawalan yang lebih rapi di kawasan tersebut bagi mengawal penambahan kadar jangkitan di bahagian ini.

"Mereka yang menghadiri beberapa majlis dan ada kontak dengan kluster COVID-19 di Samarahan seperti Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang pada 10 Mac 2020 di Dewan Suarah Kota Samarahan, kontak dengan kluster staf dan pelajar SMK Kota Samarahan dan kontak kepada kluster Good News Fellowship tampil membuat saringan pada kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.

Sehingga hari ini lokaliti jangkitan COVID-19 di Kota Samarahan 14 kawasan dikenal pasti iaitu Kampung Tanjung Bundong, Kampung Sungai Empit, Taman Desa Ilmu, Jalan Muara Tuang Park, Lorong 22 Desa Ilmu, Lorong 7, Taman Palm Villa, Taman Samarinda Fasa 3B, Jalan Dato Mohd Musa, Lorong 22E4 Taman Desa Ilmu, Lorong 22 Desa Ilmu, Jalan Lot fasa 1, Kampung Tanjung Bundong, Lorong 22 Desa Ilmu, Lorong 12C Uni Garden, Taman Samarindah Fasa 3B Jalan Dato Mohd Muda dan Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya.

"JPBN Sarawak ingin mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan mematuhi kaedah-kaedah yang telah dimaklumkan di bawah PKP. Sentiasa berada di rumah, hanya keluar kalau ada hal penting seperti memberi makanan dan ke klinik.

"Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat mengawal penularan penyakit ini di Sarawak dan Malaysia," ujarnya.

Kuching dan Kota Samarahan dikategori sebagai Zon Merah jangkitan COVID-19 manakala Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang merupakan Zon Kuning, sementara Kapit satu-satu bahagian di negeri ini yang dikategori sebagai Zon Hijau.

  • oleh
  • Advertisement