Anda di sini

PDRM siapsiaga hadapi sebarang kemungkinan

Advertisement
 Mazli diiringi Nasri turut menyertai penugasan sekatan jalan raya.
BERHENTI: Mazli diiringi Nasri turut menyertai penugasan sekatan jalan raya.

LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kekuatan sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk menghadapi pelbagai kemungkinan berlaku termasuk daerah ini diisytihar sebagai Zon Merah COVID-19.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata agensi keselamatan dalam PDRM, persatuan-persatuan dalam PDRM dan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia diyakini mencukupi untuk dikerahkan melaksana tugasan.

"Kerajaan pusat dan negeri mempunyai perancangan yang telah disusun baik untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk menghadapi situasi Zon Merah.

"PDRM bersedia dari segi kekuatan sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk melaksanakan penugasan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Zon Merah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan ke daerah ini untuk meninjau pelaksanaan pematuhan PKP fasa dua di salah satu Sekatan Jalan Raya Jalan Tungku, di sini.

Turut mengiringi, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Mazli memuji usaha penguatkuasaan yang dilaksanakan dengan lancar di Lahad Datu yang disifatkannya mematuhi PKP dengan kadar pematuhan 96 peratus.

Beliau yang turut membuat tinjauan di lokasi tumpuan kunjungan ramai menyaksikan pergerakan kenderaan ke bandar stabil dan ianya tertumpu untuk urusan ke bank dan pasaraya kerana musim gaji.

"Saya juga membuat lawatan ini untuk meninjau keperluan logistik yang bersesuaian kerana ianya penting untuk memastikan anggota bertugas terus bersemangat melaksana Ops COVID-19," katanya.

Mengenai penggunaan dron, Mazli berkata ianya bersesuaian dilaksana di Sabah kerana faktor kawasan pengawasan kawasan yang luas.

  • oleh
  • Advertisement