Anda di sini

JBPM laksanakan Ops Nyah cemar di Zon Kuning

Advertisement
 Pihak bomba membuat semburan di kawasan pasar.
SEMBUR: Pihak bomba membuat semburan di kawasan pasar.

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan Ops Nyah cemar Zon Kuning terhadap kawasan-kawasan yang dikenal pasti termasuk pasaraya di daerah ini, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Zulbada Alior berkata, operasi yang bermula kira-kira jam 1.53 petang itu dilakukan untuk membasmi kuman selepas Tawau mencatatkan jumlah tertinggi kes COVID-19 di negeri ini.

"Seramai lima anggota dari BBP Tawau dengan menggunakan jentera EMRS dan kenderaan pacuan empat roda terlibat membuat semburan di kawasan berkeluasan 25,600 meter persegi," katanya dalam kenyataan medianya.

Menurutnya, selain JBPM, operasi itu turut dibantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seramai tujuh orang.

"Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 3.30 petang dan pihak JBPM akan mengadakan semburan Ops Nyah cemar di kawasan-kawasan lain sekiranya mendapat arahan untuk melakukannya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement