Anda di sini

Harimau di Zoo New York dijangkiti COVID-19 

Advertisement
 
Wildlife Conservation Society/AFP / JULIE LARSEN MAHER
Nadia disahkan positif COVID-19 - Gambar AFP

NEW YORK: Seekor harimau di Zoo Bronx di New York positif COVID-19, menurut zoo itu pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Nadia, harimau Malaya betina berusia empat tahun, sebelum itu mengalami batuk kering.

Menurut kenyataan zoo, kakaknya Azul, dua harimau Amur dan tiga singa Afrika kini dipantau. 

Keputusan itu disahkan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. 

Harimau itu terdedah kepada penyakit itu selepas pekerja zoo disahkan positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan gejala semasa menjaga haiwan berkenaan.

"Tidak diketahui bagaimana penyakit ini boleh menjangkiti haiwan itu tetapi kami akan terus menjalankan pemantauan," kata pihak zoo.

Zoo Bronx ditutup kepada orang ramai sejak 16 Mac. - Bernama 

Advertisement