Anda di sini

Bengkel kenderaan, kedai alat tukar ganti di Sarawak dibenar beroperasi dua kali seminggu

Advertisement
Gambar fail Bernama
Gambar fail Bernama

KUCHING: Semua kedai bengkel kereta, motosikal, alat tukar ganti, tayar dan bateri dibenarkan dibuka dua kali seminggu iaitu Selasa dan Khamis sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kedai-kedai berkenaan akan dibenarkan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 7 malam pada hari tersebut.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bermesyuarat hari ini dan telah memutuskan perkara ini iaitu semua kedai bengkel kereta, motosikal, alat tukar ganti, tayar dan bateri dibenarkan buka dua kali seminggu, Selasa dan Khamis dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sepanjang PKP," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mewakili Timbalan Ketua Menteri yang Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Pada Ahad, JPBN membenarkan kedai perkakasan dan kedai input pertanian termasuk kedal menjual alat tukar ganti jentera pertanian serta industri dibuka dua kali seminggu pada Selasa dan Khamis dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sepanjang PKP.

  • oleh
  • Advertisement