Anda di sini

Penumpang kapal dilanda COVID-19 mula meninggalkan Florida

Advertisement
 Penumpang kapal persiaran Zaandam dan Rotterdam menaiki pesawat sewaan Eastern Airlines untuk pulang ke tempat asal masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood di Fort Lauderdale, Florida kelmarin.  — Gambar AFP
PULANG: Penumpang kapal persiaran Zaandam dan Rotterdam menaiki pesawat sewaan Eastern Airlines untuk pulang ke tempat asal masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood di Fort Lauderdale, Florida kelmarin. — Gambar AFP

FORT LAUDERDALE: Penumpang sebuah kapal persiaran yang dilanda CO-VID-19 dan kapal kembarnya, turut dilanda dengan beberapa kes, memulakan perjalanan pulang kelmarin dari Florida, selepas terkandas di laut selama beberapa hari.

Zaandam, yang dikendali-kan oleh Holland America Line, memulakan pelayarannya pada 7 Mac di Buenos Aires – sebelum sekatan antarabangsa bagi menanga-ni penyebaran COVID-19 dikuatkuasakan sepenuhnya.

Ia merancang untuk berlabuh dua minggu kemudian di Chile, namun apabila terdapat penumpangnya yang jatuh sakit, beberapa negara menolak untuk membenarkan kapal itu berlabuh.

Sebuah kapal Rotterdam datang untuk membantu di laut, dan kedua-dua kapal akhirnya berlabuh di Pelabuhan Everglades di Fort Lauderdale pada Khamis lepas – dengan beberapa pesakit dan empat kematian.

“Kami melakar sejarah,” kata kapten kapal Rotterdam, Bas Van Dreumel, dalam satu mesej dihantar kepada AFP oleh seorang penumpang.

“Sebahagian daripada anda mempunyai perjalanan yang masih jauh, segelintir daripada anda sudah selamat sampai di rumah di Florida. (...) kamu menjadikan saya seorang kapten yang lebih baik, dan kamu juga menjadikan saya seorang lelaki yang lebih bagus.”

Kelmarin, beberapa bas yang diiringi oleh pegawai polis tempatan membawa penumpang yang dilihat sebagai sihat ke lapangan terbang, di mana mereka dipindahkan  ke beberapa pesawat sewaan tanpa singgah di terminal.

“Berjalan melalui ruangan depan,” penumpang Wendy De Pinho memberitahu AFP  dalam satu mesej video ketika beliau dan suaminya Rick, kedua-dua mereka memakai topeng muka, meninggalkan kabin mereka buat kali pertama dalam tempoh dua minggu.

Pasangan itu kemudian menaiki sebuah bas yang separuh kosong untuk mematuhi peraturan penjarakan sosial.

“Kami akan sampai di lapangan terbang tidak lama lagi,” katanya.

Seramai 14 penumpang dan anak kapal dipindahkan pada malam Khamis ke dua hospital tempatan.

“Di kalangan pesakit yang dibawa ke sistem kami malam semalam, beberapa orang berada dalam keadaan kritikal dan beberapa lagi dalam keadaan baik,” kata Jennifer Smith, jurucakap Broward Health, yang menguruskan salah sebuah daripada hospital tersebut.

Jika tidak, seramai 26 penumpang itu akan ditempatkan di atas kapal sehingga mereka sembuh. Seramai 50 anak kapal lain turut sakit dan sedang beransur pulih, namun anak kapal masih berada di atas kapal.

Dimaklumkan, 107 penumpang dan 143 anak kapal melaporkan simptom menyerupai selesema semasa pelayaran, namun ramai yang kemudian pulih. Hanya 11 ujian sudah dilakukan, dan sembilan adalah positif.

Kapal-kapal itu masih berada di Pelabuhan Everglades sehingga semalam, dan akan ditunda ke luar pesisir sehingga penumpang yang sakit dibenarkan untuk turun.

Gabenor Republikan di Florida Ron DeSantis pada mulanya menyatakan beliau tidak mahu Zaandam dan Rotterdam berlabuh, kerana bimbang penumpang yang sakit akan menjejaskan sistem penjagaan kesihatan yang sudah pun tegang.

Namun beliau kemudian mengubah fikirannya, me-nyatakan beliau tidak segera menyedari terdapat rakyat AS – sebahagian daripada mereka adalah penduduk Florida – yang terlibat.

DeSantis mungkin perlu membuat satu lagi keputusan tegas dalam masa terdekat ini.

Sebuah kapal lain, Coral Princess, sekarang turut mencari pelabuhan yang selamat di Fort Lauderdale selepas beberapa  penumpang dan anak kapalnya didiagnos dengan COVID-19.

Rancangan untuk berbuat sedemikian sedang “dalam penilaian dengan pegawai tempatan,” Princess Cruises memberitahu AFP, sambil menambah bahawa ia akan memberikan perkembangan terkini secepat mungkin.

Masih belum jelas sekiranya kapal itu, yang didaftarkan di Bermuda, sedang mendapatkan kebenaran masuk ke mana-mana pelabuhan lain. Ia telah disekat akses ke Argentina, Uruguay dan Brazil.

Seramai 12 penumpang dan anak kapal Coral Princess diuji positif COVID-19 selepas beberapa sampel dihantar ke Barbados, umum pihak syarikat perkapalan.

Kapal itu membawa seramai 1,898 orang – 1,020 penumpang dan 878 anak kapal, menurut pihak syarikat dalam satu kenyataan kepada AFP.

Coral Princess meninggal-kan Chile pada 5 Mac bagi pelayaran selama dua minggu yang dijangka berakhir di Buenos Aires pada 19 Mac.

Kedua-dua kapal Princess dan Holland America dimiliki oleh syarikat gergasi persiaran Carnival. — AFP

Advertisement