Anda di sini

COVID-19: Turki perkenal langkah pencegahan baharu lebih ketat

Advertisement
 Anggota Fakulti Perubatan Cerrahpasa bertafakur seminit sebagai tanda penghormatan untuk bekas rakan sekerja, doktor Feriha Oz, yang meninggal dunia akibat COVID-19 kelmarin. Turki telah mengumumkan beberapa lagi langkah pencegahan baharu yang lebih ketat untuk membendung penyebaran virus berbahaya itu. — Gambar AFP
SAYU: Anggota Fakulti Perubatan Cerrahpasa bertafakur seminit sebagai tanda penghormatan untuk bekas rakan sekerja, doktor Feriha Oz, yang meninggal dunia akibat COVID-19 kelmarin. Turki telah mengumumkan beberapa lagi langkah pencegahan baharu yang lebih ketat untuk membendung penyebaran virus berbahaya itu. — Gambar AFP

ANKARA: Turki meng-umumkan beberapa lagi langkah pencegahan baharu yang lebih ketat untuk membendung penyebaran COVID-19, termasuk melarang kenderaan keluar atau masuk di 31 wilayah selama 15 hari, lapor agensi berita Anadolu.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata ia termasuk bandar raya Istanbul yang menempatkan hampir seperlima penduduk Turki, serta pusat bandar seperti Ankara, Izmir, Bursa dan Adana.

Pasukan polis akan mula melaksanakan langkah itu dengan menubuhkan pusat pemeriksaan di pintu masuk dan keluar bermula tengah malam.

Erdogan turut mengenakan perintah berkurung kepada golongan berumur 20 tahun ke bawah dan hanya boleh keluar rumah jika benar-benar perlu.

Memakai topeng muka di kawasan tumpuan ramai termasuk kedai diwajibkan dan perhimpunan awam di kawasan terbuka tidak di-benarkan.

Bulan lalu, Turki telah mengarahkan sekolah, kafe, restoran, pawagam, dan beberapa kawasan tumpuan awam ditutup termasuk acara sukan dibatalkan.

Pelancong antara bandar juga perlu menjalani saringan kesihatan, di setiap pintu masuk.

Mereka yang berusia lebih 65 tahun, atau menghidap penyakit kronik dilarang keluar rumah.

Turki mencatatkan 20,921 kes COVID-19 dan angka kematian seramai 425 orang. Seramai 484 orang sembuh sepenuhnya.

Sejak pertama kali muncul di Wuhan, China, Disember lalu, COVID-19 kini menular ke sekurang-kurangnya 181 negara dan wilayah.

Data Johns Hopkins University di Amerika Syarikat menunjukkan jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia melepasi sejuta orang dengan hampir 60,000 kematian.

Lebih 226,100 pesakit sembuh. — Bernama

Advertisement