Anda di sini

Astro pastikan rakyat Malaysia kekal terhibur, berinformasi ketika PKP

Advertisement
WONG SEE WEI
WONG SEE WEI

KUALA LUMPUR: Astro dalam satu kenyataan media baru-baru ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberikan sokongan padu terhadap usahanya dalam memastikan semua kekal berinformasi dan terhibur sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Tontonan komplimentari bagi pelanggan Astro dan NJOI, serta akses percuma Astro GO bagi semua rakyat Malaysia, yang kini dilanjutkan kepada 14 April 2020, telah menerima sambutan yang amat mengalakkan.

Kadar tontonan televisyen Astro naik 43% manakala waktu tontonan harian naik 30% sejak bermulanya PKP. Dengan akses komplimentari kepada rangkaian saluran filem untuk semua pelanggan Astro, jumlah tontonan bagi filem dan program hiburan berbahasa Inggeris melonjak lebih 200%.

Pelanggan Astro juga diberikan akses komplimentari kepada rangkaian saluran berita Astro, yang menunjukkan peningkatan tontonan sebanyak 71%. Jabatan berita Astro dari Awani, Radio, dan Digital berusaha gigih dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa berjaya mendapatkan berita-berita terkini dan sahih seterusnya mengekang berita-berita palsu. Pada lima hari pertama PKP, seramai 5.5 juta rakyat Malaysia menonton Astro Awani, manakala laman sesawang dan aplikasinya masing-masing merekodkan peningkatan sebanyak 15% dan 13% pelawat unik.

Astro GO juga menerima sambutan cukup memuaskan dengan 78 ribu pendaftaran baharu. Program bergenre kanak-kanak juga mendominasi tontonan di Astro GO dalam tempoh ini.

Rangkaian saluran kanak-kanak Astro memperoleh purata harian sebanyak 4.2 juta penonton dalam lima hari pertama PKP, dengan 35% syer tontonan dimiliki saluran Astro Ceria. Pelanggan Astro juga kini diberikan akses pratonton bagi saluran Cartoon Network, khas untuk anak-anak sewaktu PKP berjalan.

Jenama digital Astro juga melihat peningkatan bilangan pelawat unik bulanan sebanyak 18%. Penigkatan itu hadir dari jenama berita (Awani, Xuan dan Rojak Daily) serta jenama gaya hidup (Rasa, Remaja dan Mingguan Wanita).

Melihat kepada trend rakyat Malaysia yang kerap meluangkan masa masing-masing dengan memasak ketika tempoh PKP ini, laman sesawang Rasa.my menjadi destinasi popular bagi inspirasi untuk masakan.

Wong See Wei, Pengarah Jualan Media Astro berkata, “Kami telah melihat perubahan yang amat ketara dalam tingkah laku dan trend pengguna sewaktu tempoh PKP ini, di mana rakyat Malaysia sentiasa berada di rumah, dan ini dicerminkan oleh peningkatan dalam penglibatan pengguna menerusi kadar tontonan serta trafik. Kini, setiap jenama di luar sana perlu mengubah cara pengendalian mereka dalam mencapai pengguna sementara rakyat Malaysia meneroka ‘norma baharu’ ini.”

CONCERT@HOME MALAYSIA PERTAMA DI ASTRO

Bertindak balas dari perubahan yang berlaku dalam trend dan tingkah laku pengguna, Astro telah menyalurkan pelbagai jenis mesej yang penuh berinformasi merentasi platform-platform TV, radio dan digital bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal #dudukrumah dan meluangkan masa mereka bersama yang tersayang.

Berkolaborasi dengan Etika, Astro membawakan konsert oleh artis-artis hebat tanah air ke rumah penonton melalui Concert@Home di Astro Ria dan IGTV ERA.je, serta peluang untuk menyertai pelbagai cabaran bagi memenangi hadiah lumayan. #WONDADiRumah, yang berlangsung selama tujuh hari, merupakan ‘konsert di rumah’ Malaysia yang pertama. Usaha ini merupakan salah satu daripada banyak penyelesaian khas untuk pengiklan yang ingin terus berinteraksi dengan pelanggan mereka dalam tempoh PKP ini.  

Advertisement