Anda di sini

Tentera, polis Ecuador dikerah kumpul mayat korban COVID-19

Advertisement
 Pegawai dilihat memakai penutup mulut dan hidung ketika mengiringi keranda mangsa COVID-19 di atas trak pikap yang beratur untuk memasuki tanah perkuburan di Guayaquil, Ecuador kelmarin. — Gambar AFP
SUASANA SURAM: Pegawai dilihat memakai penutup mulut dan hidung ketika mengiringi keranda mangsa COVID-19 di atas trak pikap yang beratur untuk memasuki tanah perkuburan di Guayaquil, Ecuador kelmarin. — Gambar AFP

QUITO: Anggota tentera dan polis di Ecuador telah mengumpul sekurang-kurangnya 150 mayat dari jalan raya dan rumah-rumah di bandar paling ramai penduduk di negara ini, Guayaquil, ketika amaran bahawa seramai 3,500 orang mungkin meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di bandar dan wilayah ber-hampiran dalam masa beberapa bulan akan datang.

Satu pasukan petugas gabungan polis dan tentera dihantar bagi mengumpulkan mayat di bandar pelabuhan telah mengumpulkan 150 dalam masa tiga hari sahaja, jurucakap kerajaan Jorge Wated berkata pada lewat Rabu lepas.

Penduduk telah menghantar video-video dalam media sosial menunjukkan mayat yang ditinggalkan di jalan raya di bandar Amerika Latin yang teruk dilanda oleh pandemik tersebut.

Segelintir meninggalkan mesej terdesak untuk pihak berkuasa agar membawa pergi mayat orang yang me-ninggal dunia di dalam rumah mereka.

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan berapa ramai mangsa yang meninggal dunia merupakan korban  COVID-19.

Rosa Romero, 51, kehilangan suaminya Bolivar Reyes dan terpaksa me-nunggu sehari bagi mayatnya dibawa keluar dari kediaman mereka.

Seminggu kemudian, ketika kekecohan dalam sistem rumah mayat di bandar tersebut, beliau tidak mengetahui di mana ia berada.

“Dalam biro forensik mereka memberitahu kami bahawa mereka telah membawa dia ke Hospital Guasmo. Kami telah pergi ke sana untuk mencari dia namun dia tidak disenaraikan di mana-manapun,” Romero memberitahu AFP.

Satu perintah berkurung selama 15 jam dilaksanakan di bandar membuatkan pencarian seterusnya bertambah sukar.

Jurucakap kerajaan memohon maaf dalam satu mesej yang disiarkan dalam tele-visyen negara pada lewat Rabu lepas.

Beliau berkata pekerja rumah mayat tidak mampu untuk mengawasi pemindahan mayat disebabkan oleh perintah berkurung.

“Kami memaklumkan mana-mana kesilapan dan meminta maaf kepada mereka yang terpaksa menunggu selama beberapa hari bagi orang tersayang mereka untuk dibawa pergi,” kata Wated.

Para pekerja rumah mayat yang memakai topeng muka dan pakaian perlindungan telah dilihat membawa keranda yang dibungkus dengan plastik di bandar pada Rabu lepas ketika pihak berkuasa cuba untuk berdepan dengan timbunan mayat.

Kerja-kerja di tanah per-kuburan dan rumah mayat telah terganggu, dengan kakitangannya enggan untuk menguruskan mayat kerana bimbang dengan jangkitan.

Ecuador merupakan negara Amerika Latin yang teruk diserang oleh virus selepas Brazil, dengan lebih 3,160 jangkitan dan 120 kematian pada pagi kelmarin.

Guayaquil mempunyai kadar mortaliti paling tinggi di Amerika Latin akibat COVID-19 dengan 1.35 kematian bagi setiap 100,000 penduduk – lebih tinggi berbanding dengan 0.92 bagi setiap 100,000 disenaraikan di pusat utama Sao Paulo di Brazil – menurut Esteban Ortiz dari University of the Americas di Ecuador.

Wilayah sekitar Guayas di Guayaquil mencatatkan 70 peratus daripada jangkitan COVID-19 di Ecuador.

Kes COVID-19  yang pertama dilaporkan di Ecuador adalah seorang wanita Ecuador berusia 71 tahun yang tiba di Guayaquil dari Sepanyol pada 14 Februari.

Wated menyatakan kerajaan sedang bersedia bagi hari-hari yang lebih sukar mendatang.

“Malangnya pakar perubatan menganggarkan bahawa kematian akibat COVID-19  dalam masa beberapa bulan ini akan mencapai di antara 2,500 dan 3,500 – di wilayah Guayas sahaja, dan kami sedang bersedia bagi keadaan itu,” kata beliau.

Bedah siasat telah dila-rang dan kerajaan, menyekat perkhidmatan pengebumian yang selalunya sesak, pada mulanya menegaskan bahawa mangsa-mangsa COVID-19 harus dibakar namun terpaksa berlembut selepas tentangan umum.

“Kami sedang berusaha supaya setiap orang boleh dikebumikan dengan bermaruah dalam ruangan untuk seorang,” kata Wated, merujuk kepada tanah perkuburan  milik kerajaan yang disedia-kan dengan kapasiti bagi kira-kira 2,000 mayat.

Pada bulan lepas, datuk bandar Cynthia Viteri telah menghantar kenderaan perbandaran bagi menghalang sebuah pesawat Iberia yang dihantar bagi membawa pulang rakyat asing yang terkandas dari mendarat di lapangan terbang antarabangsa di bandar tersebut.

Namun Viteri tidak me-mohon maaf ketika jumlah kes menular di bandar beliau.

“Saya memikul tanggungjawab bagi melindungi bandar saya,” katanya. — AFP

Advertisement