Anda di sini

Tangkapan PKP terkini 20 orang di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Dua puluh orang diberkas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh 24 jam dari 8 pagi semalam hingga 8 pagi hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata jumlah tersebut adalah berkurangan berbanding tempoh yang sama semalam iaitu seramai 32 orang.

Menurutnya, kesemua yang diberkas gagal memberikan  alasan munasabah untuk berada di jalan raya atau tempat awam.

"Jumlah orang yang ditangkap ingkar PKP hari ini adalah seramai 20 orang menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan sepanjang PKP kepada 401 orang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, setakat hari ini juga seramai 261 suspek didakwa di Mahkamah di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Kejadian)2020 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Daripada jumlah tersebut, 232 mengaku bersalah dan 93 dijatuhkan hukuman penjara, 59 dipenjara dan denda, serta 56 lagi didenda.

"Manakala 24 lagi yang mengaku bersalah masih menunggu laporan akhlak," katanya.

Selain itu, polis juga mengeluarkan waran tangkap terhadap 10 suspek yang gagal hadir ke mahkamah.

"Kebanyakan yang ditangkap telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu hingga tiga bulan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement