Anda di sini

Infantino enggan jamin waktu bola sepak akan bermula lagi

Advertisement
INFANTINO
INFANTINO

ASUNCION: Pengurus FIFA Gianni Infantino mengakui Khamis lepas bahawa ‘tidak ada orang yang tahu’ bila sukan bola sepak dapat bersambung semula di seluruh dunia, dan apabila ia kembali nanti, ia dijangka ‘berbeza’.

Dia berkata, disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang menyebabkan kematian, buat masa ini bola sepak ‘bukan perkara paling penting’.

“Semua kita berharap kita dapat menyaksikan bola sepak esok tetapi malangnya ia adalah mustahil dan tidak ada orang di dunia pada hari ini tahu bila kita akan dapat bermain seperti dahulu,” kata Infantino kepada ketua-ketua bola sepak Amerika Selatan menerusi sambungan video.

“Dunia kita dan sukan kita akan berbeza apabila kita kembali kepada keadaan normal. Kita perlu memastikan sukan bola sepak terus hidup dan ia dapat maju sekali lagi.”

Seperti kebanyakan sukan lain, bola sepak di seluruh dunia amnya sudah dihentikan oleh pandemik, yang setakat ini sudah menjangkiti hampir sejuta manusia dan membunuh lebih 47,000 orang.

Dalam mesejnya, Infantino berkata “ini adalah masa untuk menghormati mereka yang menderita dan mereka yang memberi bantuan”.

“Buat pertama kali, bola sepak bukan perkara paling penting! Kesihatan diutamakan dan mesti diteruskan sehingga penyakit ini dapat dikalahkan.” — AFP

Advertisement