Anda di sini

Penjarakan sosial tingkatkan minat dalam muzik yang lebih ‘chill’: Spotify

Advertisement

ORANG yang meluangkan lebih banyak masa terperuk di dalam rumah mereka untuk membendung penularan koronavirus baharu sudah mengubah runut bunyi harian mereka, dan ramai memilih muzik yang lebih “chill”, kata khidmat striming Spotify pada awal minggu ini.

Namun mereka juga memerhatikan peningkatan mendadak dalam striming lagu hit lama kumpulan The Police berjudul ‘Don’t Stand So Close To Me’.

“Selepas orang di seluruh dunia semakin kerap duduk di rumah sejak beberapa minggu lepas, kita telah menyaksikan pendengaran podcast dan muzik berubah dalam pelbagai cara,” syarikat itu menyebut dalam satu kenyataan.

Pada waktu dengan banyak tekanan ini, Spotify contohnya memerhatikan pengguna mereka seakan-akan menambah lebih banyak lagu ‘chill’ kepada senarai lagu mainan mereka – lagu-lagu yang “lebih akustik, kurang mengundang tarian, dan memiliki tenaga yang lebih rendah berbanding lagu-lagu yang ditambah dahulu”.

Syarikat itu juga melaporkan semakin ramai orang menggunakan alat di rumah mereka untuk strim muzik, seperti “komputer meja, TV, speaker pintar, dan konsol permainan”.

Khidmat striming itu juga menyatakan pendengar sudah mula beralih kepada “senarai lagu mainan bertemakan masa-kan dan kerja rumah”, dan bukannya lagu untuk pertemuan sosial.

Minat juga semakin meningkat kepada podcast berita, dan ketika ibu bapa cuba bekerja dari rumah, Spotify memerhatikan peningkatan dalam muzik dan podcast untuk kanak-kanak dan “khususnya muzik untuk membantu anak-anak tidur”.

Selepas seruan demi seruan dari pihak berkuasa untuk menjarakkan diri dengan selamat daripada satu sama lain, gergasi striming itu turut melaporkan lagu hit pada 1980, ‘Don’t Stand So Close to Me’ oleh The Police telah menyaksikan peningkatan sebanyak 135 peratus dalam strim sejak beberapa minggu lepas.

— AFP

Advertisement