Anda di sini

Penduduk DUN Tellian terima agihan makanan

Advertisement
 Yussibnosh (dua kanan) ketika menyerahkan secara simbolik kepada salah seorang ketua kampung yang bakal mengagihkan bantuan tersebut di kawasannya.
PRIHATIN: Yussibnosh (dua kanan) ketika menyerahkan secara simbolik kepada salah seorang ketua kampung yang bakal mengagihkan bantuan tersebut di kawasannya.

MUKAH: Sejumlah 30.41 tan beras dan 351 bungkusan makanan diagihkan kepada penduduk di Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Tellian pada fasa pertama bantuan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ADUNnya Yussibnosh Balo berkata, daripada jumlah itu 1,608 kampit beras 10 kilogram (kg) diagihkan ke kampung, 1,433 kampit di rumah panjang manakala 351 bungkusan makanan diberikan kepada individu kurang upaya (OKU), uzur serta sakit.

“Kita telah agihkan ke setiap rumah dan pintu rumah panjang di semua kawasan DUN Tellian sejak Rabu lagi,” katanya ketika penyampaian bantuan PKP di Dewan Masyarakat Kampung Tellian Tengah semalam.

Menurutnya, bantuan itu merupakan bantuan fasa pertama dan bantuan fasa kedua diharap akan menyusul pada minggu depan.

Setiap keluarga mendapat sekampit beras 10kg mana-kala bungkusan makanan pula terdiri daripada sekampit beras 5kg, minyak masak, tepung gandum, mi, gula, garam serta keperluan lain bernilai RM50 setiap bungkusan untuk bantuan fasa pertama ini.

Bagi bantuan fasa seterus-nya nanti, setiap keluarga akan diberikan bungkusan makanan bernilai RM50 juga termasuk penerima bungkusan makanan untuk penerima fasa pertama sebelum ini.

Beliau berharap, bantuan diberikan sedikit sebanyak akan membantu penduduk di kawasannya ketika menjalani PKP.

Yussibnosh pada masa sama menasihati penduduk agar tidak bersesak-sesak ketika menerima bantuan tersebut.

Ia akan diagihkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing de-ngan pertolongan daripada sayap parti dan ranting.

“Perlu diingatkan dalam pemberian bantuan, PKP perlu dipatuhi,” jelasnya.

Beliau turut berharap PKP akan berakhir pada 14 April ini dan tidak dilanjut-kan lagi ke satu tempoh lebih lama.

“Sebab itulah kita mesti ikut betul-betul peraturan ini agar tempoh PKP tidak dilanjutkan lagi,” tambahnya.

Bagi golongan anak muda terutamanya, pelanggaran PKP akan memberikan akibat buruk terhadap masa depan mereka kerana hukuman penjara dua bulan dikenakan jika didapati bersalah.

PKP fasa dua bermula 1 hingga 14 April setelah fasa pertama tamat pada 31 Mac lalu.

PKP dilaksanakan untuk memecah rantaian COVID-19 dengan penjarakan sosial antara manusia dilaksanakan bagi membanteras jangkitan itu daripada merebak dengan lebih teruk.

Advertisement