Anda di sini

Liga Perdana dituduh hidup dalam ‘kekosongan moral’

Advertisement
  Sprus antara kelab Liga Perdana yang dikritik kerana menggunakan skim cuti dari bertugas kerajaan British yang menjamin 80 peratus pendapatan pekerja sehingga jumlah maksima 2,500 sebulan. — Gambar AFP
DIKECAM: Sprus antara kelab Liga Perdana yang dikritik kerana menggunakan skim cuti dari bertugas kerajaan British yang menjamin 80 peratus pendapatan pekerja sehingga jumlah maksima 2,500 sebulan. — Gambar AFP

LONDON, England: Kelab-kelab Liga Perdana dituduh hidup dalam “kekosongan moral”, dengan para pemain digesa untuk turut bertanggungjawab dari kesan kewangan ekoran pandemik koronavirus (COVID-19) ketika kakitangan kelab (bukan pemain) mula terkesan.

Finalis Liga Juara-Juara musim lepas, Tottenham Hotspur, Newcastle United dan Norwich City, mendapat kritikan kerana menggunakan skim cuti dari bertugas kerajaan British, yang akan menjamin 80 peratus pendapatan pekerja sehingga jumlah maksima 2,500 pound sebulan.

“Ia menjengkelkan,” kata seorang ahli parlimen, Julian Knight, yang mempengerusikan Jawatankuasa Sukan, Media, Budaya dan Digital, dengan merujuk kepada penggunaan dana awam untuk menyusun bajet gaji.

“Ini mendedahkan ekonomi gila dalam dunia bola sepak dan ketiadaan moral adalah agenda utamanya.”

Jumlah 2,500 pound adalah satu jumlah sangat kecil untuk begitu ramai bintang dalam Liga Perdana tetapi setakat ini, tiada sebarang persetujuan tentang pemotongan atau pengurangan gaji untuk pemain, tidak seperti situasi di kelab utama lain di Eropah seperti Juventus dan Barcelona.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy, berkata beliau berharap perbincangan di antara Liga Perdana dan wakil pemain dan jurulatih akan “menyebabkan satu keputusan di mana pemain dan jurulatih melakukan tanggungjawab mereka dalam eko sistem bola sepak.”

Bagaimanapun, satu pertemuan bersama di antara Liga Perdana, Liga Bola Sepak Inggeris, Persatuan Pemain Bola Sepak (PFA) Inggeris dan Persatuan Pengurus Liga pada Rabu, gagal mencapai sebarang persetujuan.

“Tiada keputusan diambil hari ini, dengan perbincangan dijangka akan disambung dalam tempoh 48 jam dengan fokus ke atas isu pemain berprofail tinggi, termasuk gaji pemain dan usaha menyambung semula musim 2019/2020,” menurut empat badan induk itu dalam satu kenyataan bersama.

Levy menjadi kritikan utama walaupun melakukan potongan 20 peratus dari gaji beliau untuk dua bulan akan datang.

Selasa lepas, beliau mengumumkan potongan 20 peratus dari gaji untuk 550 kakitangan kelab pada hari yang sama di mana beliau dibayar 7 juta pound pada musim lepas, termasuk tiga juta pound bonus selepas stadium baharu kelab siap, yang jelas melepasi masa dan bajet.

Pemain di kelab Barcelona melakukan potongan 70 peratus gaji semasa keadaan darurat di Sepanyol dan akan membuat sumbangan tambahan untuk memastikan kakitangan kelab menerima gaji penuh mereka.

Pemain di kelab Juventus, termasuk Cristiano Ronaldo, juga bersetuju dengan pemotongan gaji selama empat bulan sementara pemain di kelab Bayern Munich menerima potongan 20 peratus gaji mereka.

“Pemain yang tampil dan menunjukkan mereka faham dengan apa yang berlaku ketika ini tahu apa yang perlu dilakukan tetapi secara jujurnya, kami akan melihat lebih banyak pemain melakukannya,” kata setiausaha agung badan induk pemain profesional dunia (FIFPro), Jonas Baer-Hoffmann.

Pengurus Bournemouth, Eddie Howe, menjadi pengurus yang dikenali dalam Liga Perdana yang setakat ini menerima apa yang digambarkan oleh kelab pemotongan gaji Rabu lepas.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, memberitahu penyiaran BBC di mana pemain liga utama seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata: “Pemain bola sepak dengan gaji yang tinggi adalah mereka yang boleh membawa tanggungjawab yang besar dan mereka seharusnya orang yang pertama, untuk mengorbankan gaji mereka berbanding mereka yang menjual program atau menjalankan katering.”

Bagaimanapun, pemain boleh berkata perhatian itu secara tidak adil ke atas mereka hanya kerana gaji mereka berbanding pemilik kelab yang lebih kaya.

“Saya fikir industri bola sepak digunakan sebagai satu pemangkin oleh ahli politik,” kata pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire.

“Kritikan yang sama tidak diberikan ke atas industri perbankan, yang bukan dihasilkan dari pengurus dana, bukan dihasilkan dari peguam yang mengenakan caj 10,000 pound sehari, akauntan atau dana luar negara yang mengelak membayar cukai.”

Menurut senarai kaya dalam akhbar Sunday Times, pemilik Tottenham, Joe Lewis, yang tinggal di Bahamas, menyaksikan kekayaan beliau melonjak kepada 4.4 bilion pound tahun lepas.

“Joe Lewis sendiri bernilai lebih 4 bilion dan kita mengkritik Harry Kane yang mana karier beliau dijangka akan berakhir pada usia 35 tahun, katanya — AFP

Advertisement