Anda di sini

KTS menyumbang enam unit pendingin hawa mudah alih Gree

Advertisement
 Andrew Tiong daripada Gree Malaysia Sd Bhd (tiga kanan) dan Dr Sally (lima kiri) merakam gambar kenangan.
SUMBANGANl: Andrew Tiong daripada Gree Malaysia Sd Bhd (tiga kanan) dan Dr Sally (lima kiri) merakam gambar kenangan.

KOTA SAMARAHAN: KTS Group of Companies (KTS) melalui anak syarikatnya Gree Malaysia Sdn Bhd menyumbang enam unit pendingin hawa mudah alih Gree kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk digunakan di tiga pusat kuarantin di sini.

Setiap pusat kuarantin akan menerima dua unit pendingin hawa mudah alih untuk membantu kerja pihak barisan hadapan yang ditempatkan di sana.

Pakar Perubatan Keluarga Dr Sally Suriani Ahip menerima dua unit bagi pihak Klinik Kesihatan di Kota Samarahan.

Jelasnya,pendingin hawa akan membantu pekerja barisan hadapan kerana mereka kini akan dapat bertahan dengan lebih baik terutama dalam keadaan panas, selain dapat melakukan lebih banyak pemeriksaan.

“Kami sangat berterima kasih kepada KTS kerana kami kini sering melakukan pemeriksaan COVID-19 di luar.

“Seperti yang anda ketahui, bumbung zink mengakibatkan bahang panas dan apabila anda memakai peralatan perlindungan diri (PPE), anda akan berasa sangat tidak selesa.

“Selepas dua jam memakainya, anda akan berpeluh. Malah, sesetengah daripada kami hampir pengsan walaupun hanya berjalan di sekitar khemah (pusat pemeriksaan),” jelas beliau.

“Kami pernah memaklumkan kami memerlukan beberapa peralatan yang dapat menyejukkan persekitaran tempat kerja. Justeru, kami sangat berterima kasih atas sumbangan pendingin hawa ini. Sebagai profesional penjagaan kesihatan, kami sangat bermotivasi,” kata Dr Sally.

Advertisement