Anda di sini

Dr Jerip positif COVID-19, berjangkit daripada pekerjanya

Advertisement
 

KUCHING: Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil (gambar) kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas disahkan positif COVID-19. 

Dr Jerip ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini berkata beliau dimasukkan ke HUS malam tadi. 

“Memang sah. Saya sekarang di HUS dan telah dikuarantin sejak malam tadi sehingga 14 hari,” katanya. 

Ditanya kluster jangkitan, Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata ia dari Good News Fellowship Conference Church. 

Katanya, seorang daripada pekerjanya merupakan positif COVID-19 dari kluster tersebut dan menjangkiti beliau. 

  • oleh
  • Advertisement