Anda di sini

Christian tunggu COVID-19 berakhir sebelum atur semula perancangan

Advertisement
CHRISTIAN
CHRISTIAN

KOTA KINABALU: Pemain tenis kebangsaan Sabah, Christian Didier Chin mungkin terpaksa menunggu sehingga isu penularan wabak COVID-19 berakhir sebelum menentukan hala tuju terutama dalam penyertaan kejohanan antarabangsa tahun ini.

Pemain berusia 19 tahun itu sepatutnya menyertai Kejohanan Tenis Persekutuan Antarabangsa Mesir M15 (Egypt ITF M15) awal bulan ini tetapi terpaksa melupakanya apabila kejohanan itu dibatalkan ekoran pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia.

"Dia sepatutnya terbang pada 13 Mac ke Mesir pada 13 Mac dan berada di sana selama empat minggu tetapi selepas tiba di Lapangan Terbang kira-kira jam 3.00 pagi, dapat berita Kejohanan ITF dibatalkan sehingga 8 Jun.

"Oleh itu, dia tidak jadi berangkat dan balik rumah (di Kuala Lumpur). Kami kemudiannya memutuskan membawa dia balik Kota Kinabalu dan dia kini menjalani kuarantin sukarela selama 14 hari," kata ayahnya, Christopher baru-baru ini.

Christopher yang juga pengurus Christian berkata, kejohanan di Mesir itu sepatutnya kejohanan antarabangsa pertamanya selepas menyertai Sirkit Kebangsaan pada penghujung Februari.

Katanya, ia adalah tamparan kepada perkembangan kemajuan Christian kerana mereka membuat perancangan terperinci sejak awal khusus untuk menghadapi kejohanan di Mesir itu.

"Christian telah berlatih dan menunjukkan peningkatan dalam persiapan menghadapi kejohanan ITF bermula Mac tetapi pandemik wabak COVID-19 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkasakan di negara ini telah merosakkan rancangan," katanya.

Christian berlatih di bawah bimbingan jurulatih dari Iran, Saeed Afzalirad.

Sehubungan dengan itu, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga pertengahan Mei atau COVID-19 berakhir sebelum menyusun semula perancangan seterusnya untuk Christian terutama dalam penyertaan kejohanan di peringkat antarabangsa.

Sambil itu, Christian dikatakan meneruskan latihannya di rumah sepanjang PKP bagi memastikan dia sentiasa sentiasa di tahap terbaik.

Pemain itu membuktikan kesungguhan dan komitmennya di mana bersama ayahnya, mereka telah membina gelanggang tenis di rumah untuk membolehkannya terus fokus kepada latihan.

  • oleh
  • Advertisement