Anda di sini

Bomba jalankan operasi nyah cemar di Betong

Advertisement
 Aktiviti pembersihan nyah cemar COVID-19 di kawasan Betong dijalankan pihak BBP Betong.
HAPUS: Aktiviti pembersihan nyah cemar COVID-19 di kawasan Betong dijalankan pihak BBP Betong.

BETONG: Beberapa kawasan di Betong telah dijalankan aktiviti pembersihan kawasan sebelum pelaksanaan nyah cemar COVID-19 dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong Vincent Baling Yabi memberitahu, pihaknya telah menerima arahan untuk membersihkan beberapa kawasan di Betong termasuk Spaoh, Debak dan Pusa.

“Hari ini (semalam) saya bersama pegawai dan anggota BBP Betong membuat kerja-kerja pembersihan menggunakan pancutan hos bomba dari jentera dan van untuk nyah cemar COVID-19 di bahagian Betong.

“Keesokan harinya pula kami akan bersama pihak KKM dan Majlis Daerah Betong (MDB) untuk kerja-kerja sanitasi nyah cemar COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kerja-kerja pembersihan yang dijalankan.

Tambahnya, pada hari pertama ini mereka telah membuat ‘flushing’ di Pasar Basah Betong, Tamu Betong, Pasar Basah Spaoh dan Tamu Spaoh.

“Pada keesokan harinya (hari ini) kami akan membuat kerja ‘flushing’ di Market Basah Debak dan Tamu Pusa yang diketuai Pegawai Operasi BBP Betong PBK I Henry Jugah.

“Manakala satu pasukan yang akan diketuai saya akan membantu dalam kerja-kerja sanitasi di Pasar Basah Betong, Tamu Betong, Pasar Basah Spaoh dan Tamu Spaoh,” ujarnya.

Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi turut akan dibantu sembilan anggota BBP Betong.

Advertisement