Anda di sini

Bola sepak: Joseph rindu beraksi bersama rakan sepasukan, tapi akur PKP

Advertisement
Gambar fail menunjukkan Joseph berlatih bersama rakan sepasukannya.
Gambar fail menunjukkan Joseph berlatih bersama rakan sepasukannya.

KUCHING: Pemain utama Kuching FA, Joseph Kalang Tie meluahkan rasa rindu untuk kembali beraksi dan berlatih bersama rakan sepasukannya. 

Beliau memberitahu, perasaan rindu itu sukar untuk digambarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April.

"Perasaan rindu dengan bola dan rakan-rakan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rindu sangat untuk menyepak bola tetapi apa boleh buat kita kena patuh arahan dari kerajaan untuk kebaikan kita semua," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini. 

Tambahnya, semua pihak harus mematuhi PKP dan arahan semasa yang dikeluarkan kerajaan agar wabak ini dapat dibasmi.

Tegas Joseph, usaha dan kerjasama semua pihak itu penting supaya rantaian wabak ini diputuskan.

"Harapan saya agar kita semua bekerjasama dengan duduk di rumah supaya wabak ini dapat dibasmi. Ikut setiap arahan dari kerajaan dan kepada petugas barisan hadapan terima kasih dengan usaha anda semua, semoga kita semua dilindungi dan diberkati," ujarnya. 

Penangguhan perlawanan Liga Malaysia 2020 telah pun memasuki minggu ketiga, sejak PKP berkuat kuasa.

  • oleh
  • Advertisement