Anda di sini

Uggah mendedahkan pernah menjalani kuarantin pada peringkat awal COVID-19

Advertisement
 
KUCHING: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) hari ini mendedahkan beliau telah menjalani kuarantin diri pada peringkat awal berlakunya jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Jabatan Kesihatan mengeluarkan perintah menjalani kuarantin diri kepada rakan sejawatnya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Rabu.

“Saya juga pernah menjalani kuarantin …pada peringkat awal (jangkitan) apabila kes positif nombor 33 datang ke Kuching. Memang disyaratkan untuk menjalani kuarantin diri selama 14 jika anda mempunyai kontak rapat atau kontak kasual semasa mesyuarat atau berada berdekatan dengan kes positif,” katanya.

Beliau berkata orang ramai perlu faham bahawa prosedur itu bukan menunjukkan individu yang menjalani kuarantin sudah terkena jangkitan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk pemantauan oleh pihak berkuasa perubatan.

“Jangan kata dia kena jangkitan COVID-19. Itu kata-kata yang salah. Ia sebenarnya kuarantin. Tiada apa-apa simptom langsung,” katanya. - BERNAMA  

Advertisement