Anda di sini

Tegas untuk didik patuhi PKP

Advertisement
 Antara paparan dalam video yang tular.
RAKAMAN: Antara paparan dalam video yang tular.

KUNAK: Ketegasan pasukan keselamatan dalam menjalankan tugas disifatkan amat penting demi memastikan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghentikan rantaian penularan COVID-19.

Menurut Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Norazlinah Arif, ketidakpatuhan rakyat terhadap penguatkuasaan PKP disifatkannya masih rendah kerana masih ada yang keluar rumah dengan alasan tidak munasabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak itu berkata, rakaman video tular yang memaparkan sekumpulan lima remaja diajar anggota polis akibat keluar rumah wajar dijadikan pengajaran.

"Saya yakin tujuan petugas itu bukanlah untuk mencederakan, sebaliknya sebagai amaran, didikan dan teguran bagaikan kasih ayah kepada anak atau abang kepada adiknya," katanya.

Norazlinah berkata demikian ketika dihubungi Utusan Borneo berhubung satu rakaman video yang dipercayai berlaku di kawasan berdekatan dengan Masjid Al-Fatihah Hussin Kampung Pangi, di sini.

NORAZLINAH
NORAZLINAH

Mengulas lanjut, beliau percaya semua rakyat tanpa mengira pangkat dan usia perlu bersama-sama memberi komitmen terhadap penguatkuasaan PKP yang kini memasuki fasa kedua pelaksanaannya.

"Kejayaan memerangi COVID-19 hanya mampu dicapai jika kita semua bekerjasama saling mematuhi PKP, khususnya tidak keluar rumah, mengamalkan penjagaan kebersihan diri dan keluarga serta persekitaran," katanya.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Kunak sudah merekodkan tujuh pesakit positif COVID-19.

  • oleh
  • Advertisement