Anda di sini

Netizen Facebook muat naik status berbaur rasis diselar

Advertisement
 Max (tengah) yang ditemani dua rakannya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing.
LAPOR: Max (tengah) yang ditemani dua rakannya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing.

KOTA KINABALU: Laporan polis sudah dibuat terhadap seorang pelayar media sosial yang memuatnaik status berbaur rasis dan mengancam keselamatan komuniti tertentu.

Perkara itu susulan tindakan seorang netizen yang ‘mengandaikan’ kelompok komuniti tertentu sebagai pembawa bala dan mencadangkan supaya mereka dibunuh oleh kerajaan.

Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Kota Kinabalu Loo Thong Loong @ Max Loo menyelar kenyataan netizen itu dan menyifatkannya tidak bertanggungjawab.

"Kenyataan begitu boleh menimbulkan isu perkauman dan bersifat ugutan yang sangat serius antara kaum khususnya keturunan tertentu di Sabah,” katanya, di sini.

Max berkata laporan polis di Balai Polis Karamunsing dilakukannya kelmarin, selepas mendapat tahu perkongsian status seorang netizen yang berbaur provokasi di facebook.

Pada masa sama, beliau berharap polis mengambil perhatian terhadap laporan polis yang dilakukannya dan ada tindakan lanjut terhadap pelayar media sosial terlibat dijalankan.

  • oleh
  • Advertisement