Anda di sini

NESTLÉ LACTOGROW® ajak keluarga di Malaysia untuk ‘Grow Happy’ bersama

Advertisement
 

KUCHING: NESTLÉ LACTOGROW® menggalakkan ibu bapa di seluruh negara untuk membesarkan si manja mereka dengan sihat dan ceria menerusi kempen ‘Grow Happy’ sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia pada 20 Mac lalu.

Hari Kebahagiaan Sedunia adalah satu sambutan penting kerana pada hari berkenaan, Indeks Kebahagiaan Dunia turut dikeluarkan setiap tahun di mana ia memberikan gambaran keseluruhan tentang tahap kebahagiaan sedunia.

Tahun lepas, Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-35 kepada ke-80 dari segi tahap kebahagiaan dan maka itu, NESTLÉ LACTOGROW® mahu menanam pemikiran yang lebih positif dalam kalangan rakyat Malaysia dan menekankan kepentingan untuk membesar dengan ceria.

Menerusi kempen ‘Grow Happy’, NESTLÉ LACTOGROW® ingin menyebarkan keceriaan dan kegembiraan sejak usia muda dan mendorong ibu bapa membesarkan anak-anak mereka dengan ceria.

Kempen ini bermula dengan pertandingan media sosial bagi menggalakkan ibu bapa menghantar foto dan berkongsi detik-detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja ataup kenangan dari zaman kanak-kanak mereka sendiri.

Ini merupakan inisiatif NESTLÉ LACTOGROW® bagi mengingatkan semua bahawa detik-detik manis sebegini mampu membawa keceriaan tanpa mengira usia, masa dan persekitaran.

Menurut Pengurus Perniagaan NESTLÉ Nutrition Malaysia Jasmin Estacio, pihaknya percaya terdapat banyak cara untuk membesarkan anak-anak dengan ceria.

Malahan katanya, ibu bapa boleh menggabungkan konsep ini ke dalam kehidupan seharian si manja mereka dengan mudah menerusi idea dan aktiviti yang ringkas.

“Menerusi kempen ‘Grow Happy’ ini, kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada ibu bapa di Malaysia supaya membiarkan si manja menikmati zaman kanak-kanak dengan sihat dan ceria kerana kami percaya bahawa kebahagiaan anak-anak penting bagi kepuasan hidup mereka.

“Kami menyokong ibu bapa yang memiliki minda yang sama dalam membesarkan anak-anak dan kami ingin menawarkan produk nutrisi yang tepat untuk mereka membesar dengan ceria dan sihat,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Berikutan peristiwa yang telah memberikan impak kepada dunia baru-baru ini katanya, kempen itu juga adalah peringatan buat rakyat Malaysia untuk kekal positif dan menyebarkan kebahagiaan dan keceriaan bersama-sama.

“Kami ingin menyediakan platform buat orang ramai untuk mengekspresikan diri mereka dan mendorong mereka untuk meraikan detik-detik keceriaan bersama anak-anak di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Perkongsian oleh ibu bapa akan menjadi sumber inspirasi serta peluang buat golongan ibu bapa untuk bertukar idea antara satu sama lain. Kisah-kisah ini juga boleh menjadi satu peringatan buat semua bahawa ada kalanya perkara-perkara kecil dalam kehidupan sudah cukup kuat untuk menyentuh perasaan seseorang serta memberi momen keceriaan yang sejati,” kata beliau.

Dalam pada itu, gambar yang dihantar untuk pertandingan media sosial ini juga akan dikumpulkan oleh NESTLÉ LACTOGROW® bagi membentuk sebuah kolaj foto berbentuk senyuman.

Kolaj ini akan dipamerkan pada Karnival Grow Happy yang akan datang dalam usaha memecah rekod Malaysia Book of Records untuk ‘Kolaj Potret Senyuman Paling Besar’.

Peraduan media sosial ‘Grow Happy’ akan diadakan di laman acara Facebook Nestlé Start Well 2gether (https://www.facebook.com/events/530573900904412/) dan akan berlangsung dari 6 Mac hingga 24 April ini.

Bagi berpeluang memenangi hadiah wang tunai, peserta hanya perlu memuat naik detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja mahupun dari zaman kanak-kanak mereka ke laman acara Facebook tersebut.

Dalam ruangan kapsyen, peserta diminta berkongsi definisi ‘Grow Happy’ mereka, bermula dengan ‘Detik-detik keceriaan saya ialah…’ dan diikuti dengan tanda pagar #LactogrowMY dan #GrowHappy.

Hanya penghantaran gambar dengan si manja berusia satu tahun ke atas sahaja yang layak menyertai pertandingan.

Pemenang tempat pertama dan kedua masing-masing akan memenangi wang tunai RM2,888 dan RM1,888, sementara lima pemenang sagu hati akan membawa pulang wang tunai RM500.

Terdapat juga pemenang mingguan yang bakal menerima bekas minuman NESTLÉ LACTOGROW® yang eksklusif.

NESTLÉ LACTOGROW® komited untuk mendorong ibu bapa membesarkan anak-anak dengan ceria dengan menyediakan nutrien yang diperlukan untuk si manja menjadi lebih kuat dan ceria.

Produk ini mengandungi L.reuteri yang menggalakkan persekitaran usus yang baik demi membantu fungsi penghadaman dan penyerapan nutrisi.

Ia juga mengandungi kandungan kalsium dan DHA yang tinggi serta Happy Nutri™ yang merupakan gabungan 15 vitamin dan mineral penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Advertisement