Anda di sini

Liga Perdana rancang mulakan musim tertangguh Mei ini, elak kerugian dan tindakan undang-undang

Advertisement

LONDON, England: Liga Perdana Inggeris sedang mengusahakan satu rancangan untuk memulakan semula musim ini tanpa penonton pada hujung minggu pertama bulan Mei, dengan jadual penamat musim pada 12 Julai.

Cadangan, yang akan dibincangkan secara terperinci menerusi sidang video bersama 20 kelab Jumaat ini, akan memerlukan sokongan dari kerajaan, badan kesihatan awam dan PFA (Persatuan Pemain Profesional) England.

Tetapi ia dilihat sebagai cara terbaik untuk mengurangkan kerugian kewangan dan mengelak kemungkinan tindakan undang-undang disebabkan penangguhan musim ekoran pandemik koronavirus (COVID-19).

Senario terbaik untuk Liga Perdana disambung semula pada bulan Mei, adalah kerana tanggungjawab kepada kebergantungan kewangan kepada penyiaran, melibatkan perjanjian 3 bilion pound setahun yang berakhir pada 31 Julai, dengan perjanjian baharu untuk musim hadapan akan bermula pada 1 Ogos.

Difahamkan, di bawah terma kontrak TV, tempoh menamatkan musim ialah 16 Julai dan jika musim ini belum selesai menjelang tarikh itu, penyiaran Sky Sports, BT Sport dan pemegang hak penyiaran antarabangsa, boleh menuntut rebat berjumlah keseluruhan sehingga 762 juta pound.

Badan penyiaran mendesak Liga Perdana untuk memberikan penjelasan secepat mungkin kerana mereka kehilangan pelanggan dengan kadar yang cepat dan mereka mahu tahu bila mereka boleh menjangkakan jadual perlawanan kembali seperti biasa.

Semasa rundingan tidak rasmi dengan eksekutif kelab sejak beberapa hari yang lalu, 12 Julai muncul sebagai tarikh penting untuk menamatkan musim, dan musim disambung semula pada bulan Mei dilihat tempoh sesuai untuk jangkaan tempoh jika ada lagi pemain kelab yang dijangkiti COVID-19.

Ia masih tidak jelas sama ada jadual itu masuk akal atau tidak, bagaimanapun, berpandu kepada timbalan ketua pegawai perubatan, Jenny Harries yang memberi amaran Ahad lepas di mana negara itu mungkin akan melaksanakan perintah pengurangan sehingga enam bulan.

Permulaan semula pada bulan Mei dilihat penting kerana ia adalah apabila kelab-kelab dijangka menerima sebahagian dari wang televisyen mereka untuk satu musim, tanpa wang itu banyak kelab akan bergelut membayar gaji pemain.

Namun pendapatan keseluruhan bernilai 762 juta pound itu tidak dibahagikan sama rata dan terdiri dari sejumlah 57 juta diberikan kepada juara liga dan 20 juta untuk pasukan yang menamatkan musim di tangga tercorot.

Ironinya, kelab besar dijangka kerugian lebih besar berbanding biasa musim ini jika bayaran itu tidak dibuat berikutan dengan perubatan kepada pengagihan pembayaran perjanjian penyiaran luar negara, yang, tidak seperti perjanjian domestik, tidak lagi dibahagikan secara saksama tetapi berdasarkan kedudukan dalam liga.

Liga Perdana menyedari cabaran yang mereka hadapi dalam menamatkan musim tetapi sehingga mereka diberitahu sebaliknya oleh kerajaan, ia masih kekal menjadi perancangan mereka.

Selepas penangguhan musim dilanjutkan sebanyak dua kali – pada 4 April dan 30 April, mereka tidak mahu tempoh itu dilanjutkan buat kali ketiga.

Kelab-kelab juga sedar bahawa mungkin ada perubahan perlu dilakukan untuk menamatkan musim ini. Salah satu topik perbincangan utama di antara para eksekutif baru-baru ini ialah mengenepikan peraturan berkaitan pasukan yang lemah.

Beberapa penyelesaian juga disebut, termasuk menambah jumlah skuad dari 25 kepada 29 untuk membolehkan mereka menangani ketiadaan pemain kerana tidak sihat atau cedera. Sebuah kelab juga membangkitkan persoalan sama ada mereka akan dibenarkan menurunkan pasukan remaja.

Satu idea radikal ialah untuk melengkapkan musim tanpa kenaikan liga dan penyingkiran berdasarkan integriti di mana pertandingan terkesan dan juga tiada jaminan di mana musim liga akan ditamatkan.

Kelab-kelab di kelompok teratas divisyen dua – Liga Kejuaraan – sudah mula bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang jika kenaikan mereka ke Liga Perdana dinafikan, walaupun jika pertandingan tidak ditamatkan, ia hanya akan melemahkan kes mereka.

Liga Perdana akan terus berhubung dengan kerajaan, yang telah membayangkan mereka tidak sabar untuk bola sepak kembali beraksi dalam apa jua bentuk selagi ia tidak menimbulkan risiko kesihatan awam.

Jika dibenarkan, perlawanan akan dianjurkan dengan hanya sejumlah kecil kakitangan penyiaran, kawalan keselamatan kurang dan tanpa media, walaupun kehadiran pasukan ambulan tetap diperlukan di stadium.

Salah satu masalah yang akan dihadapi liga ialah meyakinkan pemain untuk kembali beraksi selepas ia difahamkan bahawa mereka tidak diberikan insuran untuk COVID-19 kerana ia tidak dikategorikan sebagai penyakit kritikal.

Beberapa penjelasan telah diminta tetapi ketika ini, apa yang pasti, COVID-19 tidak berada dalam senarai insuran.

Ramai pemain menolak membuat insuran untuk penyakit kritikan kerana ia boleh melibatkan kos 5,000 pound seminggu tetapi akhbar The Mail tahu beberapa penyedia insuran sudah mengubah polisi mereka sejak penularan pandemik ini. — AFP

Advertisement