Anda di sini

‘Grim Sleeper’ ditemui mati di penjara California

Advertisement
 Gambar menunjukkan Franklin Jr. (kanan) duduk di sebelah peguamnya semasa perbicaraan di mahkamah Los Angeles, California pada 9 Ogos, 2016. — Gambar AFP
KEJAM: Gambar menunjukkan Franklin Jr. (kanan) duduk di sebelah peguamnya semasa perbicaraan di mahkamah Los Angeles, California pada 9 Ogos, 2016. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Seorang pengumpul sampah yang menunggu hukuman mati sejak 2016 untuk pembunuhan bersiri “Grim Sleeper” yang mengganas di selatan Los Angeles selama bebe-rapa dekad telah meninggal dunia di penjara.

Lonnie David Franklin, 67, yang membunuh sembilan wanita dan seorang gadis  berusia 15 tahun di antara tahun 1985 dan 2007, ditemui tidak responsif di dalam selnya pada petang Sabtu.

Dia disahkan meninggal dunia kira-kira 20 minit kemudian.

“Punca kematiannya ma-sih menunggu keputusan daripada satu bedah siasat, bagaimanapun, tiada tanda-tanda trauma,” kata pegawai penjara dalam satu kenyataan.

Franklin telah menghen-dap di jalan raya di Los Angeles Selatan pada satu masa ketika epidemik ketagihan kokain membelenggu kawasan kejiranan itu.

Beberapa mangsanya adalah pelacur dan penagih dadah yang dia tembak atau cekik, membuang mayat mereka di tepi lorong atau tong sampah. Dia telah merogol sebelum membunuh mangsanya.

Franklin mendapat nama gelaran “Grim Sleeper” disebabkan jarak masa 13 tahun dalam pembunuhan tersebut.

Pendakwa raya dalam perbicaraannya berkata Franklin mengambil kesempatan ke atas ketagihan beberapa mangsanya kepada dadah, mengumpan mereka ke belakang tempat berkhemahnya dengan menggunakan wang dan dadah sebelum membunuh mereka.

Mereka menyuarakan kecurigaan bahawa Franklin mungkin menjadi dalang kepada belasan pembunuhan lagi.

Penyiasat yang memeriksa kediamannya menemui kira-kira 200 gambar dan video wanita, kebanyakan mereka tidak dapat dikenal pasti.

Dia meninggal dunia di Penjara Negeri San Quentin, di luar San Francisco.

California melaksanakan semula hukuman mati pada 1978. Seramai 13 banduan hukuman mati telah dihukum mati di negeri tersebut sejak itu, dengan lebih ramai yang meninggal dunia akibat sebab semula jadi di penjara.

Kira-kira 727 orang ma-sih menunggu hukuman mati di California, namun Gabenor Gavin Newsom telah mengemukakan satu moratorium ke atas pelaksanaan hukuman mati pada tahun lepas. — AFP

Advertisement