Anda di sini

COVID-19 di Sabah meningkat 5 kes baharu

Advertisement
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KOTA KINABALU: Jumlah kes terkumpul positif COVID-19 di negeri ini meningkat kepada 206 kes setakat 31 Mac 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, sebanyak lima kes baharu direkodkan di Sabah hari ini (31 Mac).

Katanya, jumlah berkenaan menjadikan Sabah negeri keempat merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara.

Menurutnya, Selangor masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 704 kes diikuti Kuala Lumpur 430 kes dan Johor sebanyak 349 kes.

"Sehingga jam 12 tengah hari 31 Mac 2020, sebanyak 140 kes baharu dilaporkan di seluruh negara menjadikan jumlah terkumpul kes positif COVID-19 sebanyak 2,766 kes.

"Seramai 94 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, sebanyak enam kes kematian terkini direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia sebanyak 43 kes.

Katanya, sebanyak 54 kes turut dilaporkan sembuh dan dibenarkan discaj semalam. Sehingga kini sebanyak 537 kes pulih direkodkan.

  • oleh
  • Advertisement